Vitamin C dan E untuk sesak nafas akibat asma dan senaman

Soalan ulasan

Kami menilai dalam ulasan ini, sama ada vitamin C dan E, apabila diambil bersama sekali sehari, mungkin membantu untuk pesakit dengan sesak nafas akibat asma atau senaman.

Latar belakang
Asma merupakan keadaan keradangan paru-paru yang dicirikan oleh penyempitan saluran pernafasan; ia dikaitkan dengan sesak nafas, keketatan dada, batuk dan mengah Keadaan tersebut menjejaskan kualiti hidup. Dijangka bahawa lebih daripada 300 juta orang mempunyai asma, dan vitamin C dan E telah dicadangkan sebagai diet tambahan yang mungkin membantu mengurangkan simptom.

Ciri-ciri kajian
Lima kajian membandingkan vitamin C and E berbanding dengan plasebo (tanpa vitamin C dan E) dalam 214 pesakit dengan sesak nafas akibat asma atau senaman telah dimasukkan dalam ulasan ini. Empat kajian memasukkan orang dewasa, dan satu memasukkan kanak-kanak. BIlangan kajian sedia ada yang terhad untuk ulasan dan reka bentuk berbeza bermakna kami hanya mampu menerangkan kajian individu, bukannya mengumpulkan keputusan mereka untuk menentukan satu keputusan purata. Dalam kebanyakan laporan kajian, reka bentuk tidak diterangkan dengan baik; oleh itu ia tidak mungkin untuk menilai risoko tidak telus untuk kebanyakan kajian. Dari segi hasil utama kami, sangat sedikit data berkaitan yang dibekalkan oleh pengarang kajian.

Keputusan-keputusan utama
Kami menjumpai tiada indikasi manfaat kajian yang mempertimbangkan vitamin C dan E dalam hubungan dengan asma. Walau bagaimanapun, pada tahap ini, ia tidak mungkin untuk membuat sebarang kesimpulan berdasarkan kepada penemuan tersebut, kerana bukti sedia ada adalah tidak cukup untuk membenarkan penilaian elok atas penggunaan vitamin C dan E sebagai rawatan untuk pesakit dengan asma. Penyelidikan tambahan dengan reka bentuk baik adalah diperlukan untuk menjawab soalan ini.

Kualiti bukti
Cara pesakit dibahagikan untuk menerima sama ada vitamin C dan E atau plasebo tidak diterangkan dengan jelas di mana satu daripada lima kajian yang dimasukkan. Ini mungkin bermakna bahawa kajian tersebut tidak dirawakkan dengan bagus, yang boleh menjejaskan keputusan. Kebimbangan kedua adalah yang reka bentuk kajian-kajian adalah berbeza, yang bermakna bahawa kami tidak pasti sama ada kajian-kajian mengukur benda yang sama. Dengan mempertimbangkannya, kami menilai bukti ulasan secara keseluruhan berkualiti rendah ke sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information