Penilaian menggunakan Kognitif Montreal (MoCA) untuk mengesan demensia

Soalan Ulasan

Kami telah mengkaji bukti mengenai ketepatan ujian Montreal Cognitive Assessment (MoCA) untuk mengesan demensia.

Latar belakang

Demensia adalah keadaan yang biasa dalam kalangan orang tua, dengan sekurang-kurangnya 7% orang berusia lebih dari 65 tahun di UK terjejas, dan jumlahnya semakin meningkat di seluruh dunia. Dalam tinjauan ini, kami ingin mengetahui sama ada menggunakan ujian kognitif yang mampan, MoCA, dapat mengesan demensia dengan tepat jika dibandingkan dengan ujian diagnostik standard. MoCA menggunakan serangkaian soalan untuk menguji aspek fungsi mental yang berbeza.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2012. Kami mendapati tujuh kajian yang sepadan dengan kriteria kami. Terdapat tiga dari klinik memori (klinik pakar di mana orang dirujuk kerana disyaki demensia), dua dari klinik hospital umum, tidak ada dari perawatan primer dan dua kajian dijalankan pada populasi umum. Semua kajian merangkumi orang tua, dengan purata usia termuda 61 tahun dalam satu kajian. Terdapat seramai 9422 orang termasuk dalam semua 7 kajian walaupun hanya satu kajian yang mempunyai lebih dari 350 orang.

Bahagian orang yang mempunyai demensia adalah 5% hingga 10% dalam dua kajian yang berasal dari populasi dan 22% hingga 54% dalam lima kajian yang berdasar di klinik. Terdapat banyak variasi dalam cara kajian yang berlainan dijalankan: oleh itu kami memilih untuk menyampaikan hasilnya dalam ringkasan naratif kerana ringkasan statistik (gabungan semua anggaran kepada ringkasan sesitiviti dan spesifisiti) tidak akan bermakna.

Hasil-hasil utama kajian

Kami mendapati bahawa MoCA pandai mengesan demensia ketika menggunakan skor penataraan yang diiktiraf kurang dari 26. Dalam kajian yang menggunakan penataraan ini, kami mendapati bahawa ujian itu mengesan lebih dari 94% dengan tepat persakit demensia dalam semua persekitaran. Manakala, ujian ini juga menghasilkan sebilangan besar positif palsu, iaitu orang yang tidak mengalami demensia tetapi diuji positif pada penataraan 'kurang dari 26'. Dalam kajian yang kami kaji, lebih daripada 40% orang tanpa demensia akan didiagnose dengan demensia secara tidak betul menggunakan MoCA.

Kesimpulan

Kualiti keseluruhan kajian tidak cukup baik untuk membuat cadangan tegas mengenai penggunaan MoCA untuk mengesan demensia dalam persekitaran kesihatan yang berbeza. Khususnya, tidak ada kajian yang melihat betapa bermanfaatnya MoCA untuk mendiagnose demensia dalam pusat penjagaan kesihatan primer. Kemungkinannya ambang MoCA yang lebih rendah daripada 26 akan lebih berguna untuk ketepatan diagnosis optimum pada demensia, walaupun ini memerlukan pengesahan yang lebih luas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Saw Le Er (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information