Pesakit-pesakit dengan MCI harus dinilai dan dipantau disebabkan oleh risiko mereka yang meningkat untuk berkembang ke demensia. Pada masa ini tidak terdapat persetujuan tentang apakah pendekatan terbaik untuk merakamkan perkembangan ke demensia. Beberapa ujian fungsi kognitif telah dicadangkan untuk tugas ini kerana kebanyakannya mudah dilaksanakan, tidak mengambil masa lebih dari 10 minit untuk diselesaikan, melibatkan fungsi eksekutif utama, dan menghasilkan skor objektif. Ulasan kami menilai bukti semasa yang berkaitan dengan salah satu ujian ringkas tersebut, Peperiksaan Mini Keadaan Mental (MMSE), dalam meramal kemerosotan ke demensia di kalangan orang yang mengalami gangguan kognitif. Selepas mencari dan menganalisa maklumat yang ada dengan ekstensif, kami tidak menemui bukti yang menyokong peranan penting MMSE sebagai ujian mandiri dan tunggal dalam mengenal pasti pesakit yang akan berubah ke demensia pada masa akan datang.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini. Diterjemah oleh Khaw Loke Tim (IMU University). Disunting oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick, UK)