Penambahan vitamin D untuk penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang kesan memberi penambahan vitamin D kepada orang dengan penyakit sel sabit (SCD).

Latar belakang

Kekurangan vitamin D adalah lazim dalam kalangan orang dengan SCD. Vitamin D mengatur paras kalsium dan menyokong kesihatan tulang dan kekurangannya akan memburukkan lagi masalah kesihatan tulang yang dihidapi oleh penghidap SCD. Kami ingin tahu sama ada penambahan vitamin D kepada orang dengan penyakit SCD adalah lebih baik atau lebih teruk berbanding sama ada plasebo (bahan yang tidak mengandungi ubat) atau tiada penambahan vitamin D dan juga jika jadual satu dos lebih baik daripada yang lain.

Tarikh carian

Bukti ini adalah terkini sehingga: 14 Januari 2020.

Ciri-ciri kajian

Kami melihat tiga kajian di mana individu dipilih untuk rawatan yang berbeza secara rawak. Dalam satu kajian, 39 orang dengan SCD mengambil vitamin D atau tablet plasebo selama enam minggu dan kemudian disusuli selama enam bulan. Dalam kajian kedua, 62 orang dengan SCD mengambil vitamin D 100,000 unit antarabangsa (IU)/bulan atau 12,000 IU/bulan selama dua tahun. Dalam kajian ketiga, 21 orang dengan SCD mengambil 7000 IU/hari atau 4000 IU/hari selama tiga bulan.

Keputusan utama

Vitamin E berbanding plasebo

Orang yang mengambil penambahan vitamin D mempunyai paras vitamin D yang lebih tinggi dalam darah mereka apabila ia diukur selepas lapan, 16 dan 24 minggu. Tiada perbezaan di dalam bilangan orang yang melaporkan kesan sampingan (rasa kesemutan pada bibir atau tangan). Kumpulan vitamin D mengalami kurang hari yang sakit. Selepas lapan minggu, kumpulan vitamin D mempunyai skor yang sedikit lebih teruk untuk kualiti hidup yang berkait dengan kesihatan (skor fungsi fizikal); perbezaannya lebih besar selepas 16 dan 24 minggu. Walau bagaimanapun, kualiti bukti ini adalah rendah.

Perbandingan pelbagai dos vitamin D

Hanya satu dari dua kajian membandingkan dos penambahan vitamin D yang berlainan memberi data untuk analisis. Dalam kajian yang berserta data, mereka yang mengambil dosis tinggi vitamin D (100,000 IU/bulan) mempunyai paras vitamin D lebih tinggi dalam darah mereka ketika diukur selepas satu dan dua tahun. Tiada perbezaan bilangan orang yang melaporkan kesan sampingan, peristiwa respiratori, fungsi paru-paru (isi padu ekspirasi paksa dalam satu saat) dan kekuatan genggaman tangan. Tetapi kapasiti vital paksa (ukuran fungsi paru-paru lain) lebih rendah dalam kumpulan dos tinggi.

Kajian yang membandingkan vitamin D3 7000 IU/hari oral dengan 4000 IU/hari melaporkan orang yang mengambil dos rendah mempunyai paras vitamin D purata lebih rendah dalam darah pada enam dan 12 minggu. Pada 12 minggu, tahap purata hormon pertumbuhan adalah lebih rendah dalam kumpulan dos tinggi.

Memandangkan hasil dari tiga kajian klinikal adalah kecil dengan bukti kualiti sederhana hingga rendah, kami tidak fikir keputusan ulasan kami cukup berkualiti untuk panduan amalan klinikal. Sehingga ada bukti lebih lanjut, pakar klinikal harus mempertimbangkan panduan sedia ada yang relevan untuk penambahan dan cadangan pengambilan kalsium dan vitamin D.

Bukti kualiti

Vitamin E berbanding plasebo

Risiko bias bagaimana oran dimasukkan ke dalam kumpulan yang berbeza adalah rendah. Juga, tiada di antara mereka yang mengambil bahagian atau doktor mereka dapat meneka kumpulan mereka apabila kajian berimula. Kejadian buruk tidak dinyatakan secara terperinci dalam laporan asal, tetapi pengarang memberikan maklumat tersebut ketika ditanya. Lebih ramai orang dalam kumpulan plasebo keluar dari kajian berbanding kumpulan plasebo (68.4%) kumpulan vitamin D (5%). Risiko bias adalah tinggi bagaimana kajian melaporkan keputusannya. Kami menganggap bukti paras vitamin D dalam darah adalah berkualiti sederhana, dan untuk peristiwa buruk, hari sakit dan kualiti hidup berkaitan kesihatan adalah berkualiti rendah.

Perbandingan pelbagai dos vitamin D

Risiko bias bagaimana orang dimasukkan ke dalam kumpulan dos yang berlainan adalah rendah dalam satu kajian dan tidak jelas dalam kajian kedua. Peserta yang mengambil bahagian atau doktor mereka tidak dapat meneka kumpulan mereka setelah kedua-dua kajian bermula. Risiko bias dari orang-orang yang cicir dari kajian adalah rendah, tetapi risikonya tinggi untuk bagaimana kajian melaporkan hasilnya. Kualiti bukti paras vitamin D dalam darah dan kesan sampingannya adalah rendah, dan untuk peristiwa-peristiwa respiratori adalah sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pascasiswazah Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information