Pemulihan jantung berasaskan senaman untuk rehabilitasi dewasa selepas pembedahan injap jantung

Latar belakang

Rehabilitasi jantung (CR) termasuk latihan senaman telah disyorkan sebagai rawatan untuk orang selepas pembedahan injap jantung. Walau bagaimanapun, kekuatan bukti ini tidak pasti. Ulasan kemas kini ini bertujuan menilai manfaat dan mudarat CR berasaskan senaman untuk orang dewasa yang telah menjalani pembedahan atau pembaikan injap jantung. Semua jenis pembedahan injap jantung disertakan.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian yang menilai kesan CR berasaskan senaman berbanding tanpa senaman ('kawalan') selepas pembedahan injap jantung untuk orang dewasa (18 tahun atau lebih) dengan penyakit injap jantung (sebarang punca). Bukti adalah terkini sehingga 10 Januari 2020.

Keputusan utama

Kami mendapati enam kajian dengan sejumlah 364 peserta. Dalam kemas kini ini, kami menambah empat kajian baru (216 peserta) kepada ulasan terbitan terdahulu. Kami tidak pasti tentang kesan CR berasaskan senaman berbanding kawalan terhadap hasil kematian semua punca, kualiti hidup berkaitan kesihatan, dan hospitalisasi semua punca. 

Kualiti bukti

Keputusan Ulasan ini harus ditafsir dengan berhati-hati kerana beberapa kebimbangan tentang risiko bias (potensi ralat sistematik) di dalam lima daripada enam kajian. Hanya satu kajian berisiko bias rendah. Kajian rawak terkawal tambahan berkualiti tinggi diperlukan untuk menilai sepenuhnya kesan intervensi CR berasaskan senaman.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Jonathan Teoh (RCSI & UCD Malaysia campus). Dikemaskini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information