Pembebasan ikatan lidah secara pembedahan untuk rawatan ikatan lidah untuk bayi muda

Soalan ulasan: Ikatan lidah merupakan penyebab masalah penyusuan susu ibu yang berpotensi untuk disembuhkan - jika bayi mempunyai ikatan lidah dan mengalami masalah pemakanan, adakah pelepasan ikatan lidah dapat membantu?

Latar belakang: Ikatan lidah merupakan satu keadaan di mana selaput antara lidah dan lantai mulut terlalu ketat atau terlalu pendek. Ini boleh menyebabkan masalah pemakanan untuk bayi dan / atau sakit puting kepada ibu yang menyusui.

Ciri-ciri kajian: Lima kajian rawak terkawal yang mendaftarkan 302 bayi memenuhi kriteria inklusi.

Keputusan utama: Dalam bayi yang mengalami masalah ikatan lidah dan penyusuan, pembebasan ikatan lidah secara pembedahan tidak secara konsisten meningkatkan penyusuan bayi tetapi adalah cenderung untuk melegakan kesakitan puting ibu. Penyelidikan yang lebih lanjut diperlukan untuk menjelaskan dan mengesahkan kesan ini.

Kualiti bukti: Kualiti bukti adalah sangat rendah hingga sederhana kerana secara keseluruhan hanya sebilangan kecil kajian yang telah mengkaji keadaan ini, bilangan bayi yang dimasukkan dalam kajian ini adalah rendah dan beberapa kajian mungkin boleh direka dengan lebih baik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). DIsunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia) . Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information