Pengaturan kewangan untuk sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah

Apakah matlamat gambaran keseluruhan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk memberi ringkasan meluas tentang apa yang diketahui mengenai kesan pengaturan kewangan untuk sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah.

Gambaran keseluruhan ini berdasarkan 15 ulasan sistematik. Setiap ulasan sistematik ini mencari kajian yang menilai pelbagai jenis pengaturan kewangan dalam skop soalan ulasan. Ulasan ini memasukkan sejumlah 276 kajian.

Gambaran keseluruhan ini adalah satu daripada empat siri Gambaran Keseluruhan Cochrane yang menilai pelbagai aturan sistem kesihatan.

Keputusan utama

Apakah kesan pelbagai cara pengumpulan dana untuk membayar perkhidmatan kesihatan?
Dua ulasan sistematik telah mencari kajian yang menjawab soalan ini dan mendapati perkara berikut.

- Kesan perubahan yuran pengguna terhadap penggunaan dan ekuiti adalah tidak pasti (bukti kepastian sangat rendah)

- Adalah tidak pasti sama ada bantuan yang diberi di bawah Prinsip Paris (pemilikan, penyelarasan, pengharmonian, pengurusan hasil, dan akauntabiliti bersama) menambah baik kesihatan berbanding dengan bantuan yang disampaikan tanpa mematuhi prinsip-prinsip tersebut (bukti kepastian sangat rendah).

Apakah kesan pelbagai jenis skim insurans?
Satu ulasan sistematik mencari kajian yang menjawab soalan ini dan mendapati perkara berikut.

- Insurans kesihatan berasaskan komuniti boleh meningkatkan penggunaan perkhidmatan orang (kepastian bukti yang rendah), namun kesannya terhadap kesihatan orang adalah tidak pasti. Ia adalah tidak pasti sama ada insurans kesihatan sosial meningkatkan penggunaan perkhidmatan orang (kepastian bukti yang sangat rendah).

Apakah kesan cara yang berbeza untuk membayar perkhidmatan kesihatan?
Satu ulasan sistematik telah mencari kajian yang menjawab soalan ini dan mendapati perkara berikut.

- Adalah tidak pasti sama ada kenaikan gaji pekerja sektor kesihatan awam dapat memperbaiki kuantiti atau kualiti kerja mereka.

Apakah kesan dari pelbagai jenis insentif kewangan untuk penerima penjagaan?
Enam ulasan sistematik mencari kajian yang menjawab soalan ini dan mendapati perkara berikut.

- Pemberian insentif penerima penjagaan kesihatan boleh memperbaiki kepatuhan mereka kepada rawatan jangka panjang (bukti kepastian rendah), tetapi tidak pasti sama ada mereka dapat memperbaiki kesihatan orang.

- Memberi insentif penjagaan kesihatan sekali gus mungkin memberi peluang kepada lebih ramai orang kembali untuk memulakan atau meneruskan rawatan bagi tuberkulosis (bukti kepastian sederhana). Kepastian bukti untuk penerima insentif lain bagi tuberkulosis adalah rendah atau sangat rendah.

- Program pemindahan tunai bersyarat (memberikan wang kepada penerima penjagaan atas syarat mereka mengambil tindakan tertentu untuk memperbaiki kesihatan mereka) mungkin meningkatkan penggunaan perkhidmatan (bukti kepastian sederhana), tetapi mempunyai kesan bercampur terhadap kesihatan orang.

- Baucar boleh memperbaiki penggunaan perkhidmatan kesihatan orang (bukti kepastian rendah) tetapi mempunyai kesan bercampur terhadap kesihatan orang (bukti kepastian rendah).

- Gabungan siling dan insurans bersama mungkin mengurangkan sedikit penggunaan keseluruhan ubat (bukti kepastian sederhana) dan boleh meningkatkan penggunaan perkhidmatan kesihatan (bukti kepastian rendah). Kepastian bukti untuk kesan kombinasi kapitasi, insurans bersama, pembayaran bersama, dan siling adalah rendah atau sangat rendah.

- Batasan terhadap jumlah syarikat insurans bayar untuk pelbagai kumpulan dadah (harga rujukan, harga maksimum, dan harga indeks) mempunyai kesan yang bercampur-campur ke atas perbelanjaan ubat-ubatan oleh pesakit dan syarikat insurans serta penggunaan ubat-ubatan berjenama dan ubat generik.

Apakah kesan pelbagai jenis insentif kewangan untuk pekerja kesihatan?
Lima ulasan sistematik mencari kajian yang menjawab soalan ini dan mendapati perkara berikut.

- Kami tidak pasti sama ada bayaran-untuk-prestasi memperbaiki prestasi pekerja kesihatan, penggunaan perkhidmatan oleh orang, kesihatan orang atau penggunaan sumber di negara berpendapatan rendah (bukti kepastian sangat rendah).

- Kami tidak pasti sama ada insentif kewangan untuk pekerja kesihatan memperbaiki kualiti penjagaan yang disediakan oleh doktor penjagaan primer atau rujukan pesakit luar dari penjagaan primer ke peringkat sekunder (bukti kepastian sangat rendah).

- Tidak ada penyelidikan yang menilai insentif (seperti dermasiswa atau biasiswa yang dikaitkan dengan lokasi latihan masa depan, elaun luar bandar) untuk merekrut pekerja kesihatan berkhidmat di kawasan pedalaman. Adalah tidak pasti sama ada memberi insentif pekerja kesihatan menggalakkan lebih ramai untuk tinggal di kawasan yang kurang mendapat perhatian (bukti kepastian sangat rendah).

- Tiada kajian menilai kesan intervensi kewangan terhadap pergerakan pekerja kesihatan di antara organisasi awam dan swasta di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Adakah gambaran keseluruhan ini terkini?

Pengarang gambaran keseluruhan telah mencari ulasan sistematik yang diterbitkan sehingga 17 Disember 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information