Apakah matlamat ulasan ini?
Kadang-kadang kanak-kanak dilahirkan dengan duktus air mata yang tersumbat. Tujuan Ulasan Cochrane ini adalah untuk menyiasat sama ada menggunakan prob untuk segera bersihkan duktus air mata yang tersumbat adalah lebih baik atau menunggu dan lihat jika ia hilang dengan sendiri. Penulis ulasan Cochrane mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini dan mendapati dua kajian.
Mesej utama
Adalah tidak jelas sama ada segera memprob menghasilkan kejayaan rawatan berbanding menunggu duktus yang tersumbat bersih dengan sendiri. Dalam kalangan kanak-kanak dengan hanya sebelah mata terjejas, memprob dengan segera mungkin lebih bermanfaat daripada menunggu.
Apa yang dikaji dalam ulasan ini?
Dalam mata bayi baru lahir normal, duktus air mata atau nasolakrimal membolehkan aliran air mata. Sesetengah bayi lahir dengan duktus nasolakrimal yang tersumbat menyebabkan air mata berlebihan. Keadaan ini dikenali sebagai halangan duktus nasolakrimal kongenital (NLDO). Walaupun keadaan ini biasanya pulih dengan sendiri, kanak-kanak dengan NLDO berpeluang lebih besar untuk jangkitan mata dan kelopak mata. Opsyen rawatan bagi NLDO termasuk pemerhatian regular untuk menentukan sama ada keadaan selesai dengan sendiri, mengurut duktus air mata (sudut dalam mata, disamping hidung), atau mengguna prob yang dimasukkan ke dalam duktus untuk melegakan halangan. Memprob adalah prosedur kecil yang boleh dilakukan dengan atau tanpa anestesia. Memprob boleh selesaikan gejala NLDO, namun terdapat potensi komplikasi. Matlamat ulasan ini adalah untuk menilai keselamatan dan kejayaan memprob untuk merawat NLDO kongenital dan melihat jika ia menghasilkan kejayaan rawatan yang lebih baik daripada menunggu penyumbatan hilang dengan sendiri.
Apakah keputusan utama ulasan ini?
Ulasan ini memasukkan dua kajian melibatkan 303 mata dalam 242 kanak-kanak. Kedua-dua kajian membandingkan memprob dengan segera berbanding pemerhatian regular untuk melihat jika sekatan selesai dengan sendiri. Kajian pertama melihat kanak-kanak dengan penyumbatan dalam satu atau kedua-dua mata. Dalam kalangan kanak-kanak yang hanya satu mata terjejas, memprob dengan segera lebih berjaya dalam merawat NLDO pada enam bulan. Dalam kalangan kanak-kanak dengan kedua-dua mata tersumbat, adalah tidak jelas sama ada memprob dengan segera adalah lebih berkesan daripada pemerhatian (dan memprob lewat jika sekatan tidak selesai dengan sendiri). Kajian kedua mendapati kanak-kanak yang diprob segera sembuh dalam masa satu hingga tiga bulan selepas prosedur lebih kerap berbanding kanak-kanak yang menerima pemerhatian dan menunggu untuk diprob. Ini mungkin menunjukkan memprob segera adalah opsyen yang lebih baik daripada menunggu bagi bayi dengan NLDO.
Ulasan ini memasukkan dua kajian yang telah dijalankan secara berbeza, oleh itu, ia bukan muktamad sama ada memprob adalah lebih berjaya daripada menunggu. Tidak wujud risiko dalam menggunakan prob untuk merawat NLDO, walau bagaimanapun kajian-kajian tersebut adalah kecil dan mungkin tidak dapat mengenal pasti kesan-kesan sampingan yang jarang berlaku. Kos memprob mungkin kurang, tetapi ia bergantung kepada sama ada bayi memerlukan antibiotik selepas rawatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai keselamatan dan keberkesanan memprob sebagai opsyen rawatan untuk kanak-kanak dengan NLDO kongenital.
Adakah ulasan ini terkini? Penulis ulasan Cochrane mencari kajian yang diterbitkan sehingga hingga 30 Ogos 2016.
Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my