Soalan ulasan
Seberapa berkesan ubat-ubatan yang menyekat asid perut untuk rawatan senak pada orang dewasa tanpa sebarang penyakit utama lain?
Latar belakang
Pengurangan asid adalah rawatan yang mungkin untuk Dispepsia fungsian sebagai pencernaan (senak), yang kesakitan berulang di perut, berkembung, bersendawa atau rasa kenyang. Beberapa ubat digunakan untuk merawat dispepsia fungsian; perencat pam proton (PPIs) dan antagonis reseptor H2 (H2RAs) mengurangkan asid perut, dan prokinetik mempercepatkan pengosongan perut. Tiada bukti jelas bahawa satu ubat lebih berkesan daripada yang lain. Walaupun ini dianggap selamat, beberapa orang mempunyai kesan sampingan. Kesan sampingan yang paling biasa adalah sakit kepala, sakit perut, kembung, cirit-birit dan rasa sakit (mual). Penggunaan jangka panjang PPI telah dikaitkan dengan cirit-birit berjangkit (keradangan perut dan usus kecil), tulang patah dan pertumbuhan bakteria berlebihan. Oleh itu, kita perlu mengetahui sama ada ubat-ubatan ini adalah berkesan dan selamat untuk orang yang mengalami masalah pencernaan.
Tarikh carian
Kami mencari pangkalan data perubatan untuk kajian klinikal di mana rawatan diperuntukkan secara kebetulan (dipanggil kajian rawak terkawal) pada orang dewasa dengan dispepsia fungsian sehingga Mei 2017. Kami melibatkan hasil daripada 25 kajian daripada 27 penerbitan. Kami mendapati dua kajian yang sedang menanti butiran lanjut dan tiada kajian lain yang berterusan.
Ciri-ciri ulasan
Kami memasukkan 25 kajian dengan 8453 peserta. Terdapat enam kajian (2304 peserta) membandingkan dos PPI rendah berbanding dos PPI standard (dos yang digunakan dalam amalan klinikal); 18 kajian (6172 peserta) membandingkan PPI dengan plasebo (rawatan palsu); dua kajian (740 peserta) membandingkan PPI dengan H2RA; lima kajian (1033 peserta) membandingkan PPI dengan prokinetik dan dua kajian (407 peserta) membandingkan PPIs ditambah dengan prokinetik berbanding dengan prokinetik sahaja.
Tempoh rawatan berlangsung sekurang-kurangnya dua minggu. Tujuh kajian melaporkan rawatan untuk dua minggu, 12 Kajian melaporkan rawatan untuk empat minggu dan lima kajian melaporkan rawatan melebihi enam minggu. Tempoh rawatan adalah tidak jelas untuk satu Kajian.
Punca dana pembiayaan kajian
Tujuh belas daripada 25 kajian adalah ditaja atau dibiayai oleh syarikat farmaseutikal dan dua oleh geran institut. Tiada maklumat mengenai pembiayaan untuk lapan kajian.
Keputusan utama
Ulasan kami menunjukkan bahawa PPI adalah lebih berkesan daripada plasebo, dan mungkin lebih berkesan daripada prokinetik untuk rawatan dispepsia fungsian. Dos PPI rendah dan standard adalah berkesan pada kelegaan senak, oleh itu kami menggabungkan keputusan dua dos PPI. PPI lebih berkesan daripada plasebo, dengan 31% kumpulan PPI melaporkan tiada atau sedikit simptom berbanding dengan 26% kumpulan plasebo. Kesan PPI mungkin sedikit lebih berkesan daripada H2RA; Walaubagaimanapun, dua kajian yang terlibat dalam analisis mungkin akan menjejaskan keputusan. Tiada perbezaan dalam jumlah kesan sampingan yang dilaporkan apabila membandingkan PPI, H2RA dan prokinetik.
Kualiti bukti
Kajian yang menilai kesan PPI dengan plasebo atau PPI ditambah dengan prokinetik membandingkan dengan prokinetik secara umumnya berkualiti baik. Walaubagaimanapun, kajian yang membandingkan PPI dengan H2RA dan prokinetik menpunyai isu kualiti yang serius.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.