Latar belakang
Penggunaan tembakau membunuh lebih ramai orang di seluruh dunia berbanding mana-mana lain punca kematian yang boleh dicegah. Cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan tembakau adalah dengan menghentikan orang dari mula menggunakan tembakau dan menggalakkan serta membantu pengguna tembakau untuk berhenti. Ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan dasar-dasar yang boleh bersampai kepada kebanyakan orang dalam sebuah negara, bersama-sama dengan menawarkan rawatan individu dan sokongan kepada individu yang telah menggunakan tembakau untuk membantu mereka untuk berhenti. Banyak negara telah memperkenalkan pengharaman pengiklanan tembakau tetapi tidak mengawal rupa pek tembakau tersendiri. Pek tembakau boleh berwarna-warni dan menarik, dengan bentuk baru dan saiz yang mengujakan. Pembungkusan tembakau standard adalah satu dasar kerajaan yang membuang reka bentuk yang terang, sebagai contoh, hanya membenarkan pek tembakau dalam satu warna, bentuk atau saiz. Pembungkusan standard biasanya melibatkan penggunaan warna seragam pada semua pek tembakau, tanpa imej jenama, dan nama jenama ditulis dalam fonta, warna dan saiz yang dinyatakan. Amaran kesihatan dan maklumat lain yang ingin digunakan oleh kerajaan keatas pek boleh dikekal. Australia adalah negara pertama yang memperkenalkan pembungkusan standard tembakau pada Disember 2012. Negara Perancis adalah yang kedua pada Januari 2017. Beberapa negara lain memperkenalkan pembungkusan standard atau merancang untuk berbuat demikian. Kami memeriksa sama ada pembungkusan standard mengurangkan penggunaan tembakau.
Ciri-ciri kajian
Kami telah mencari sembilan pangkalan data untuk artikel yang menilai pembungkusan standard yang telah pun dikaji semula oleh ahli akademik dan diterbitkan sebelum Januari 2016. Kami juga memeriksa rujukan kepada kajian lain dalam artikel tersebut dan menghubungi penulis di mana perlu.
Keputusan utama
Kami mendapati 51 kajian-kajian yang melibatkan kira-kira 800,000 peserta. Kajian-kajian ini mempunyai perubahan dengan ketara. Beberapa kajian bertumpu kepada kesan pembungkusan standard di Australia, dan termasuk melihat tahap merokok keseluruhan, sama ada perokok mengubah tingkah laku mereka seperti mengurangkan bilangan rokok yang mereka merokok, dan sama ada perokok telah membuat lebih banyak percubaan untuk berhenti. Kami juga memasukkan eksperimen di mana orang menggunakan atau melihat pek tembakau standard dan meneliti jawapan mereka, berbandingkan ketika mereka melihat pek berjenama. Kami juga memasukkan kajian-kajian yang menilai pergerakan mata orang ramai apabila mereka melihat pek yang berbeza dan bagaimana orang yang bersedia untuk membeli, dan berapa banyak yang mereka bersedia untuk membayar, untuk pek berstandard berbanding dengan pek berjenama.
Hanya lima kajian melihat hasil utama kami. Satu kajian di Australia melihat data dari 700,000 orang sebelum dan selepas pembungkusan standard diperkenalkan. Kajian ini mendapati bahawa terdapat penurunan setengah mata peratusan dalam perkadaran orang yang menggunakan tembakau selepas pengenalan pembungkusan standard, berbanding sebelum ini, apabila mengambil kira faktor-faktor lain yang boleh menjejaskan ini. Empat kajian yang lain melihat sama adakah perokok semasa mengubah bilangan rokok yang mereka merokok. Dua kajian dari Australia melihat ini, satu dengan menggunakan kaji selidik yang termasuk 8811 perokok semasa, dan mendapati tiada perubahan dalam bilangan rokok yang dihisap. Tiga kajian kecil mendapati pelbagai keputusan. Dua kajian lagi melihat percubaan berhenti dan memperhatikan kenaikan percubaan berhenti di Australia selepas pembungkusan standard diperkenalkan. Baki kajian melihat hasil lain, dan pencarian yang paling konsisten ialah pembungkusan standard mengurangkan bagaimana orang mendapati pek menarik berbanding dengan pek berjenama. Tiada kajian melaporkan bilangan orang yang berhenti menggunakan tembakau, bilangan orang yang mula menggunakan tembakau atau bilangan orang yang kembali untuk menggunakan tembakau selepas berhenti.
Kualiti bukti
Kepastian dalam penemuan ini adalah terhad kerana beberapa sebab, termasuk kesukaran yang terlibat dalam mengkaji dasar-dasar negara seperti pembungkusan standard. Walau bagaimanapun, penemuan mencadangkan pembungkusan standard boleh mengurangkan penggunaan tembakau yang disokong oleh data rutin daripada kerajaan Australia dan kajian-kajian yang melihat hasil yang lain. Sebagai contoh, orang yang terlibat dalam kajian-kajian yang kami masukkan ke dalam ulasan ini mendapati pek standard kurang menarik daripada pek berjenama secara konsisten. Kami tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan pembungkusan standard boleh meningkatkan penggunaan tembakau.
Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College) dan di sunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nila@pmc.edu.my