Penyertaan dalam program rehabilitasi yang merangkumi senaman yang kerap, boleh meningkatkan kualiti hidup pada orang dengan penyakit jantung

Latar belakang

Rehabilitasi kardiak (CR) bertujuan meningkatkan fungsi, kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan and kesejahteraan orang dengan penyakit jantung melalui kombinasi aktiviti, khususnya senaman di samping sokongan pendidikan dan psikologi. Sejak pertengahan 2000-an, bilangan ulasan Cochrane yang diterbitkan teleh meningkat ke enam ulasan sistematik/ analisis meta CR. Ulasan tersebut menilai kesan CR terhadap jenis penyakit jantung yang berbeza (contohnya berikutan daripada serangan jantung, pembedahan jantung atau kegagalan jantung) atau cara berbeza dalam menjalankan CR (contohnya di hospital atau rumah, program senaman sahaja atau kombinasi senaman dengan intervensi pendidikan atau psikologi atau kedua-duanya sekali). Tujuan gambaran keseluruhan ini adalah untuk mengulas ulasan Cochrane CR yang semasa bagi menyediakan muka hadapan yang mesra pengguna kepada ‘portfolio’ ulasan ini.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mencari ulasan Cochrane yang menganalisis data daripada kajian terkawal rawak (RCT; kajian yang mengagihkan peserta secara rawak kepada satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan), yang melihat keberkesanan CR di kalangan orang dewasa dengan penyakit jantung dan membandingkan hasil pesakit dengan kumpulan tanpa senaman. Gambaran keseluruhan ini meringkaskan penemuan daripada ulasan tersebut.

Keputusan utama

Kami telah menjumpai enam ulasan Cochrane berkualiti tinggi yang merangkumi 148 RCT melibatkan 98,093 orang yang pernah mengalami serangan jantung, menjalani pembedahan jantung atau mengalami kegagalan jantung kronik. Penemuan gambaran keseluruhan ini menunjukkan faedah penting penyertaan CR termasuk pengurangan risiko kemasukan ke hospital, dan juga peningkatan kualiti hidup berkaitan kesihatan berbanding dengan tidak menjalani pemulihan.

Kualiti bukti

Kualiti RCT yang termasuk dalam ulasan sistematik adalah berbeza, dan batasan dalam kualiti metodologi mereke menyebabkan penurunan kualiti bukti, yang berbeza banyak mengikut ulasan dan hasil. Kami membuat cadangan berikut untuk pengendalian masa hadapan dan pelaporan ulasan sistematik CR.

Skop ulasan CR perlu mencerminkan garis panduan semasa yang mencadangkan CR sepatutnya berdasarkan program latihan senaman yang ditetapkan secara individu dengan intervensi sampingan yang sesuai.

Ulasan CR masa hadapan perlu meneroka kerumitan CR menggunakan cara yang sesuai untuk mengkaji hubungan antara ciri-ciri intervensi dengan hasil dalam ujian-ujian.

Ulasan Cochrane CR masa hadapan perlu menyeragamkan kaedah dan pelaporan mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Yin Xin (Alphanumeric) . Disunting oleh Chan MW. (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information