Adakah terdapat manfaat menggunakan tahap sel darah merah yang lebih rendah (ketat) berbanding dengan tahap sel darah merah yang lebih tinggi (liberal) untuk menentukan keperluan pemindahan sel darah merah pada pesakit yang didiagnosis dengan kanser darah

Mesej utama

Penggunaan strategi transfusi RBC yang ketat boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam jumlah peserta yang mati dalam 31 hingga 100 hari berbanding strategi liberal, walaupun persoalan penyelidikan masih tidak ditangani dengan tepat, memandangkan sedikit kajian yang disertakan, bilangan peserta yang disertakan yang rendah, heterogenitas intervensi dan pelaporan keputusan, dan kepastian bukti secara keseluruhan.

Penggunaan strategi transfusi RBC yang ketat boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kualiti hidup, berdarah, berdarah yang signifikan secara klinikal (contohnya berdarah yang mengakibatkan kehilangan darah yang memerlukan pemindahan darah, kemasukan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mengakibatkan kematian), jangkitan serius, jangka masa di hospital atau keperluan untuk dimasukkan semula ke hospital berbanding strategi liberal. Data yang hilang dan kekurangan pembutaan peserta secara signifikan mempengaruhi data untuk kualiti hidup dan hasil berdarah. Sama seperti hasil utama, kajian lanjut, dengan sebilangan besar peserta yang disertakan, diperlukan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Tiada kajian didapati yang melihat kepada risiko perkembangan pembekuan darah atau risiko kematian dalam masa 30 hari terapi radiasi intensif. Terdapat keperluan untuk kajian yang lebih besar yang melibatkan pediatrik dan juga populasi yang lain di luar orang dewasa dengan leukemia akut untuk menjawab soalan penyelidikan dalam populasi individu yang lebih luas dengan keganasan hematologi yang menerima terapi intensif.

Apakah ambang transfusi sel darah merah?

Transfusi RBC adalah prosedur perubatan di mana sel darah merah yang disumbangkan diberikan kepada seseorang yang memerlukannya untuk menggantikan sel darah merah mereka sendiri yang boleh rendah. Orang yang mempunyai kanser darah dan terutamanya mereka yang memerlukan rawatan intensif, seperti kemoterapi atau pemindahan sel stem, sering memerlukan banyak pemindahan. Selalunya, tahap RBC tertentu, atau ambang transfusi, digunakan untuk mengetahui kapan memberi seseorang pemindahan darah disebabkan oleh akibat kesihatan negatif yang berlaku di bawah tahap tertentu. Strategi transfusi yang ketat akan memindahkan sel darah merah pada tahap yang lebih rendah berbanding strategi liberal yang akan transfusi pada tahap yang lebih tinggi.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui apakah strategi transfusi yang ketat akan meningkatkan kelangsungan hidup pada 31 hingga 100 hari berbanding strategi liberal. Kami juga ingin mengetahui apakah strategi yang ketat akan meningkatkan kualiti hidup, berdarah, berdarah yang signifikan secara klinikal, jangkitan serius, panjang kemasukan ke hospital dan kadar kemasukan semula ke hospital berbanding strategi liberal.

Apakah yang kami melakukan?

Kami mencari kajian rawak terkawal dan prospektif kajian bukan rawak di MEDLINE (dari 1946), Embase (dari 1974), CINAHL (dari 1982), Cochrane Central Register of Controlled Trials (CENTRAL) (Perpu stak aan Cochrane 2023, Isu 2), dan lapan pangkalan data yang lain (termasuk tiga pendaftaran kajian) yang menilai ketat berbanding strategi transfusi RBC liberal pada kanak-kanak atau orang dewasa dengan kanser darah yang menerima kemoterapi intensif atau radioterapi, atau kedua-duanya, dengan atau tanpa menjalani sel stem pemindahan. Kami membandingkan dan meringkaskan keputusan dan menilai ciri-ciri dan metodologi kajian untuk menilai keyakinan kami terhadap bukti kolektif.

Apakah yang kami temui?

sembilan kajian memenuhi kriteria kemasukan kami; tujuh telah selesai dan dua masih berterusan. Kajian yang lengkap telah dijalankan antara tahun 1997 dan 2022 dan disertakan 540 peserta. Satu RCT disertakan kanak-kanak yang menerima pemindahan sel stem, dan ia dihentikan lebih awal disebabkan oleh kebimbangan keselamatan (enam kanak-kanak). Lima RCT yang lain hanya disertakan orang dewasa, 239 orang dewasa dengan leukemia akut yang menerima kemoterapi, dan 315 dengan kanser darah yang menerima pemindahan sel stem. Ambang Hb bagi strategi ketat (70 hingga 80 g/L) dan liberal (80 hingga 120 g/L) berbeza-beza di seluruh kajian. Sumber dana dilaporkan dalam semua tujuh kajian. Satu kajian ditaja oleh industri.

Apakah batasan bukti?

Kajian yang disertakan mempunyai risiko bias; anggaran bagaimana strategi yang berbeza mempengaruhi hasilnya, terutamanya kematian, mempunyai julat kemungkinan manfaat atau bahaya dengan terlalu sedikit orang untuk dipastikan, dan sejumlah besar bukti khusus untuk orang dengan leukemia akut dan kanser darah yang dirawat dengan pemindahan sel stem. Sebilangan besar kajian mengalami sejumlah ketara penyimpangan dari protokol yang berpotensi mempengaruhi banyak hasil disebabkan oleh rasional penyimpangan tidak didokumentasikan dengan baik. Kajian yang disertakan dalam ulasan hampir secara eksklusif melibatkan peserta dewasa dengan hanya satu kajian yang merangkumi enam peserta pediatrik.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Ulasan ini mengemaskini ulasan kami yang terdahulu. Bukti ini terkini sehingga 21 Januari 2023.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan terjemahan ini. Diterjemah oleh Saw Zhi Kuan (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).

Tools
Information