Pesakit dengan delusi infestasi (DI) percaya diri mereka dijangkiti dengan patogen yang tidak diketahui (mungkin dirasakan seperti cacing, hama atau serangga), mereka merasa gatal atau seolah olah ada sesuatu yang merayap. Melalui pemeriksaan kendiri yang berulang kali, rutin pembersihan, atau percubaan untuk menangkap haiwan yang dirasai itu akan menyebabkan kecederaan pada kulit, menyebabkan kepercayaan infestasi ini berterusan. Pesakit akan mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan (contohnya dermatologi dan ahli mikrobiologi) tetapi cenderung mengelak dari mendapatkan nasihat daripada psikiatri.
DI terbahagi kepada dua;pertama (ciri-ciri kecelaruan yang disebabkan oleh delusi dan rasa sentuhan yang tidak normal) yang kedua (simptom yang disebabkan oleh keadaan organik yang lain atau kecelaruan psikiatri yang sedia ada atau penyalahgunaan dadah). Kajian ini adalah berkenaan dengan DI dari jenis pertama. Tidak ada sebab yang jelas terjadinya DI jenis pertama dan tidak ada pilihan rawatan berdaftar pada semasa ini. Rawatan yang telah dilaporkan dalam literatur termasuk farmalogikal (contohnya ubat antipsikotik) dan pilihan bukan farmalogikal (contoh: terapi bercakap).
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan rawatan DI untuk jenis pertama dibandingkan dengan plasebo. Pada Mac 2019, penyelidik telah menjalankan carian Cochrane pada daftar skizofrenia bagi kajian yang relevan, tetapi tiada kajian yang dijumpai. Disebabkan tiada kajian yang relevan dijumpai maka penulis tidak dapat memberi komen mengenai kesan rawatan semasa untuk DI dari jenis pertama. Penulis telah meminta ujian rawak yang lebih baik dilakukan di dalam lapangan ini.
Diterjemahkan oleh Nur Asmaliza Mohd Noor (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my