Kita masih belum tahu sama ada menambah LAMA ke ICS adalah lebih baik atau lebih buruk berbanding dengan meningkatkan dos ICS sahaja. Ia adalah penting bahawa kajian masa depan termasuk kumpulan rawatan bagi orang yang diberikan dos berganda ICS, kerana ini adalah satu pilihan untuk doktor yang merawat pesakit asma.
Mengapakah soalan ini penting?
Pakar perubatan yang merawat pesakit dengan asma yang tidak dapat dikawal sepenuhnya dengan kortikosteroid sedutan (ICS) sama ada boleh meningkatkan dos steroid atau menambahkan lagi satu jenis rawatan. Satu jenis ubat yang boleh melengkapkan ICS adalah antagonis muskarinik yang bertindak lama (LAMAs), yang berkesan dalam merawat penyakit paru-paru yang lain dan sedia ada didapati untuk merawat asma. Meningkatkan dos ICS boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini seperti tulang lemah, masalah tidur dan kebimbangan, jadi menambah LAMA kepada dos yang sedia ada dalam ICS boleh menjadi alternatif yang berkesan.
Bagaimanakah kami menjawab soalan tersebut?
Dua orang telah mencari penyelidikan yang telah diterbitkan dan tidak diterbitkan dalam beberapa pangkalan data dan laman sesawang untuk mencari kajian yang berkaitan membandingkan LAMA dengan ICS dengan meningkatkan dos ICS untuk asma di kalangan orang dewasa. Kami telah menganalisis keputusan yang ada sehingga April 2015 dalam ulasan sistematik ini.
Apakah yang kami jumpai?
Kami menemui satu kajian yang melibatkan 210 pesakit dengan asma. Ujikaji yang membandingkan penambahan tiotropium (sejenis LAMA) untuk menggandakan dos Beclomethasone (sejenis steroid).
Dalam ujikaji trersebut, mereka yang mengambil gabungan LAMA dan ICS adalah kurang sedikit cenderung kepada mereka yang memerlukan rawatan serangan asma dengan steroid oral. Keputusan kami mencadangkan bahawa bagi setiap 1000 orang, 18 dalam kumpulan LAMA itu memerlukan rawatan ini berbanding dengan pesakit yang dirawat dengan dos ICS yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat satu ralat relatif yang agak luas dalam anggaran ini, dan jumlah sebenar pesakit LAMA yang ingin menggunakan steroid kerana serangan asma adalah dalam julat antara 52 yang lebih sedikit hingga 26 lebih orang dalam setiap 1000 orang. Begitu juga, tiada pilihan yang lebih jelas tentang manfaat terhadap sebarang langkah-langkah berikut: serangan asma menyebabkan kemasukan ke hospital atau kemasukan ke jabatan kecemasan, kesan buruk yang serius, kawalan asma atau kualiti hidup yang berkaitan dengan asma. Sebaliknya, LAMA dengan ICS mungkin dapat meningkatkan fungsi paru-paru lebih sedikit daripada meningkatkan ICS dos.
Kami tidak berkeyakinan terhadap dapatan tersebut kerana kajian yang disertakan hanya melihat satu jenis LAMA (tiotropium) dalam tempoh yang singkat (14 minggu).
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.