Kesan terapi bersasarkan molekul terhadap perkembangan dan kelangsungan hidup orang di peringkat akhir kanser perut

Soalan ulasan

Adakah rawatan bersasarkan molekul (sejenis rawatan yang mensasarkan sel-sel kanser secara spesifik) memberi manfaat kepada orang yang mengalami kanser perut tahap akhir (late-stage).

Latarbelakang

Oleh kerana tedapat kekurangan tanda-tanda klinikal, kanser perut didiagnos pada peringkat lewat (peringkat III atau peringkat IV), yang mana pembedahan tidak boleh menjadi pilihan yang terbaik lagi.Kesan kemoterapi dan radioterapi kanser perut peringkat akhir adalah sangat terhad, yang menyebabkan kemungkinan yang rendah untuk hidup bagi orang-orang dengan penyakit ini (kurang daripada satu dalam lima orang bertahan selama lebih daripada lima tahun). Kajian terkini menunjukkan bahawa terapi bersasarkan molekul boleh memanjangkan masa hidup bagi orang-orang dengan kanser perut peringkat akhir. Walau bagaimanapun, manfaat terapi rawatan ini masih dalam perbahasan.

Ciri-ciri kajian:

Kami telah mencari pangkalan data sehingga Disember 2015 untuk kajian rawak terkawal (ujian klinikal di mana orang ditetapkan secara rawak kepada salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan) dalam kalangan orang dewasa (berumur 18 tahun ke atas), yang didiagnos menghidap kanser perut peringkat akhir. Kami mendapati terdapat 11 kajian (4014 peserta) yang memenuhi keperluan pilihan kami dan merawakkan orang-orang untuk menerima samada rawatan sasaran berserta kemoterapi atau kemoterapi sahaja.

Keputusan utama

Dengan penambahan rawatan bersasarkan molekul kepada kemoterapi mungkin mempunyai kesan kecil kepada kelangsungan hidup dan memberhentikan perkembangan penyakit ini, berbanding dengan kemoterapi sahaja, tetapi bukti adalah berkualiti rendah. Rawatan ini boleh meningkatkan kemungkinan bahawa kanser menjadi lebih kecil (bukti yang berkualiti rendah), tetapi tiada bukti yang mencukupi untuk mengetahui banyak mana perbezaan kualiti kehidupan seseorang yang disebabkannya (sangat rendah kualiti bukti). Ia mungkin meningkatkan risiko kejadian kesan buruk dan serius (bukti sederhana kualiti).

Kualiti bukti

Pada masa ini, bukti-bukti adalah berkualiti rendah bagi hasil kelangsungan hidup, terutamanya disebabkan oleh jenis reka bentuk kajian, dan keputusan yang tidak konsisten antara hasil satu-satu kajian. Oleh itu, kami mencadangkan bahawa kajian klinikal yang direka dengan baik harus dilakukan, untuk meningkatkan asas bukti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College) Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information