Soalan ulasan
Kami bertanya apakah memberi terapi radiasi (rawatan kanser dengan sinar-x tenaga tinggi) untuk kanser prostat setempat dalam pecahan lebih sedikit (lawatan rawatan untuk radiasi) dan masa rawatan keseluruhan yang lebih pendek dengan dos yang lebih besar (lebih dari 2 Gray) yang diberikan setiap hari, berfungsi sama seperti cara yang biasa (konvensional) bilangan pecahan (1.8 Gray sehari hingga 2 Gray sehari) untuk kawalan kanser dan mempunyai kesan sampingan yang serupa.
Latar belakang
Menggunakan lebih sedikit pecahan, dengan dos yang lebih besar yang diberikan pada setiap lawatan mungkin lebih baik untuk merawat kanser prostat dengan radiasi. Terapi radiasi untuk kanser prostat boleh menyebabkan kesan sampingan pada pundi kencing dan usus, dan mempengaruhi fungsi seksual. Sekiranya menggunakan dos yang lebih besar untuk setiap rawatan, dengan rawatan yang lebih sedikit secara keseluruhan (disebut hipofraksi), berfungsi juga untuk mengawal kanser, dan kesan sampingan dan kesan terhadap kepastian hidup adalah hampir sama, maka hipofraksi mungkin memberi manfaat kepada lelaki dengan barah prostat yang terdapat dalam prostat (tempatan) yang dirawat dengan terapi radiasi. Sekiranya kawalan barah sama baiknya, dan kesan sampingannya sama, maka menggunakan rawatan radiasi yang lebih sedikit (tetapi dos lebih besar) mungkin lebih sesuai untuk lelaki yang menghidap barah prostat, menjimatkan pengunaan sumber dan wang.
Ciri-ciri kajian
Bukti ini adalah terkini sehingga 15 Mac 2019. Lelaki yang dikaji berusia 64 tahun ke atas dan menghidap barah prostat yang terhad pada pelvis.
Keputusan utama
Kami mengkaji penggunaan radiasi yang lebih sedikit tetapi dos lebih besar untuk merawat 8278 lelaki penghidap barah prostat. Kami menemukan 10 kajian.
Kami mendapati bahawa menggunakan hipofraksi mengakibatkan risiko kematian akibat barah prostat yang serupa (bukti kepastian rendah) tetapi tidak pasti bagaimana ia mempengaruhi kesan sampingan usus (bukti kepastian yang sangat rendah). Ia mungkin menghasilkan kadar kesan sampingan pundi kencing yang serupa (bukti kepastian sederhana).
Menggunakan hipofraksi menghasilkan kelangsungan hidup yang serupa (bukti kepastian tinggi) dan mungkin serupa dengan kelangsungan hidup bebas metastasis (bukti kepastian rendah). Kesan sampingan pundi kencing akut mungkin serupa (bukti kepastian sederhana).
Diterjemahkan oleh Yean Albert (Manipal Academy of Higher Education). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my