Latar belakang
Apabila tisu otak mati akibat tindak balas kepada radioterapi ia dipanggil radionekrosis otak. Radionekrosis otak boleh menyebabkan kerosakan pada fungsi keupayaan pesakit. Keadaan ini bergantung pada tempat radionekrosis telah berlaku di dalam otak dan ia boleh memberi kesan kepada kualiti hidup pesakit. Pada masa ini terdapat rawatan yang terhad untuk radionekrosis otak. Pesakit biasanya diberi ubat anti-radang yang berkuasa (dipanggil kortikosteroid) dan sesetengah pesakit mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang kawasan otak yang mempunyai radionekrosis. Rawatan yang lebih berkesan untuk keadaan ini adalah diperlukan.
Ciri-ciri kajian
Pada Oktober 2017, kami mencari senarai pangkalan data penulisan dan prosiding persidangan untuk mengenal pasti kajian yang menilai rawatan untuk radionekrosis otak. Sebanyak tiga kajian telah dikenalpasti bahawa ubat yang dinilai di mana hanya dua daripadanya adalah RCT dan satu daripada RCT ini hanya mempunyai 14 peserta. Tiada kajian yang menilai rawatan bukan ubat yang dikenal pasti.
Penemuan utama
Dua ubat dibandingkan dengan kortikosteroid sahaja dalam ulasan ini ialah bevacizumab (ubat yang menjejaskan saluran darah) dan edaravone (antioksidan yang kuat).
Kajian bersaiz sangat kecil melaporkan bahawa bevacizumab meningkatkan penampilan radionekrosis pada pengimejan resonans magnetik (MRI). Ini dikaitkan dengan peningkatan dalam gejala neurologi berbanding plasebo tetapi juga dengan kesan sampingan yang teruk.
Edavarone dalam gabungan dengan kortikosteroid meningkatkan penampilan radionekrosis pada MRI; ini dikaitkan dengan peningkatan dalam gejala yang dilaporkan menggunakan skala LENT/SOMA. Walau bagaimanapun, pesakit dan pasukan yang merawat menyedari rawatan tertentu yang diterima oleh pesakit, jadi gejala yang dilaporkan mungkin dipengaruhi oleh ini.
Tiada kajian yang disertakan melaporkan hasil kualiti hidup atau melaporkan butiran mengenai keperluan kortikosteroid dengan secukupnya.
Akhirnya kajian dua lengan bukan rawak vitamin E berbanding tiada rawatan aktif berdasarkan keutamaan pesakit melaporkan peningkatan dalam pembelajaran dan ingatan, tetapi kajian ini tidak melaporkan sebarang tindak balas pengimejan. Keputusan mungkin telah dipengaruhi kerana pesakit memilih rawatan kajian mereka sekali gus memperkenalkan kecenderungan lain yang berpotensi.
Kepastian bukti
Berdasarkan penemuan kajian ini, kepastian bukti yang ada adalah rendah/sangat rendah, yang mengehadkan keupayaan kami untuk membantu menentukan risiko dan faedah rawatan yang dinilai untuk radionekrosis otak. Kajian itu berisiko berat sebelah disebabkan aspek reka bentuk kajian mereka dan/atau bilangan peserta yang sangat terhad. Terdapat keperluan besar untuk bukti berkualiti tinggi dengan ujian rawak terkawal berbilang pusat yang lebih besar bagi rawatan radionekrosis otak. Dalam pencarian penulisan kami untuk ulasan ini, dua RCT yang berterusan, satu menilai bevacizumab dan satu menilai terapi oksigen hiperbarik telah dikenalpasti.
Diterjemahkan oleh Nicole Fong Chui Jiet. Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my