Sasaran tekanan darah bagi hipertensi untuk orang dewasa yang lebih tua

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Soalan ulasan

Apakah sasaran tekanan darah optimum (BP) apabila merawat orang dewasa yang lebih tua dengan tekanan darah tinggi?

Latar belakang

BP tinggi pada orang dewasa yang lebih tua adalah perkara biasa dan tekanan yang tinggi meningkatkan risiko kejadian buruk pada kesihatan seperti strok, serangan jantung, kegagalan jantung, dan kematian. Merendahkan BP dengan ubat-ubatan telah terbukti untuk mengurangkan risiko kesihatan peristiwa yang lebih serius tetapi sasaran BP optimum apabila merawat orang dewasa yang lebih tua adalah tidak diketahui.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik secara sistematik mengambil semula semua kajian rawak yang berbanding kesan sasaran BP tinggi (BP tinggi nombor kurang daripada 150 hingga 160 mmHg) dengan konvensional sasaran BP lebih rendah (BP tinggi nombor kurang than 140 mmHg) pada orang yang berusia lebih 65 tahun. Bukti ini adalah terkini sehingga Februari 2017.

Keputusan utama

Penyelidik mendapati terdapat tiga kajian rawak ('piawaian emas' bukti perubatan) yang menyiasat soalan ini dalam sejumlah 8221 orang dewasa yang lebih tua (Purata umur 75 tahun, 59% wanita). Penyelidik tidak dapat mencari perbezaan antara sasaran BP tinggi dan sasaran BP rendah konvensional, tetapi satu perbezaan penting yang berpihak kepada sasaran BP rendah tidak boleh diendahkan.

Kualiti bukti

Penyelidik menilai bukti terkumpul sebagai berkualiti rendah dan tidak dapat menjawab soalan dengan secukupnya mengenai sasaran BP apakah lebih baik. Lebih banyak kajian berkualiti baik menangani soalan ini adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.