Kesimpulannya
Terdapat kualiti bukti yang sangat rendah bahawa morfin yang diambil melalui mulut mempunyai kesan yang penting pada kesakitan dalam orang dengan sakit neuropatik sederhana atau teruk.
Latar belakang
Sakit neuropatik adalah berpunca dari kecederaan saraf. Ia adalah berbeza dari mesej sakit yang dibawa oleh saraf sihat dari tisu tercedera (jatuh atau terpotong, atau lutut artritis). Sakit neuropatik sering dirawat dengan ubat-ubatan yang berbeza dengan yang digunakan untuk sakit dari tisu yang rosak, yang kita sering fikirkan sebagai ubat penahan sakit. Ubat-ubatan yang kadang-kala digunakan untuk merawat kemurungan atau epilepsi boleh menjadi efektif pada sesetengah orang dengan kesakitan neuropatik. Ubat penahan sakit opioid kadang-kala digunakan untuk merawat sakit neuropatik.
Ubat penahan sakit opioid adalah ubat seperti morfin. Morfin berasal dari tumbuh-tumbuhan atau disintesis oleh ahli kimia. Morfin boleh didapati secara meluas untuk digunakan sebagai ubat penahan sakit, biasanya diberikan melalui mulut.
Definisi keputusan yang baik bagi kami adalah seseorang yang mempunyai tahap yang tinggi dalam melegakan kesakitan dan dapat terus mengambil ubat tanpa kesan sampingan yang menjadikan mereka mahu berhenti.
Ciri-ciri kajian
Pada Februari 2017, kami telah mencari ujian klinikal di mana morfin digunakan untuk merawat sakit neuropatik pada orang dewasa. Lima kajian yang memenuhi kriteria kemasukan, 236 peserta, secara rawak, diberikan rawatan dengan morfin, plasebo, atau ubat-ubatan lain. Kajian berlangsung selama 4-7 minggu. Beberapa kajian melaporkan hasil bermanfaat yang akan dianggap sebagai klinikal yang relevan.
Keputusan-keputusan utama
Empat kajian kecil melaporkan bahawa sakit telah dikurangkan antara satu perempat dan satu pertiga pada sesetengah orang. Tahap pengurangan kesakitan yang dialami oleh 6 dalam 10 peserta dengan morfin dan 4 dalam 10 dengan plasebo. Antara 1 dan 2 dalam 10 peserta menarik diri daripada rawatan dengan kedua-dua morfin dan plasebo, tetapi alasan tidak diberikan. Kesan-kesan sampingan adalah kurang dilaporkan, tetapi adalah lebih biasa dengan morfin berbanding dengan plasebo, dan termasuk mengantuk, pening, sembelit, rasa sakit, mulut kering, dan selera makan menurun.
Kualiti bukti
Bukti tersebut adalah kualiti yang sangat rendah. Ini bermakna bahawa penyelidikan tidak memberikan petunjuk yang boleh dipercayai terhadap kesan yang berkemungkin, dan kemungkinan bahawa kesannya menjadi ketara berbeza adalah sangat tinggi. kajian kecil seperti ini lebih cenderung untuk mempertikaikan keputusan hasil kajian yang lebih besar skop dan kaedahnya Terdapat masalah-masalah lain yang mungkin membawa kepada keputusan yang bersifat optimistik berlebihan. Kualiti bukti yang sangat rendah dan kekurangan dalam sebarang faedah penting bermakna bahawa kita perlu kajian yang besar, baru, tahan lama, sebelum kita akan tahu sama ada morfin berguna untuk rawatan sakit neuropathic.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Di sunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.