Intervensi pengurusan diri termasuk pelan tindakan untuk pesakit dengan penyakit kronik pulmonari obstruktif (COPD)

Soalan ulasan

Penyelidik melihat bukti tentang kesan intervensi pengurusan diri yang merangkumi pelan tindakan semasa gejala COPD menjadi lebih teruk. Secara khususnya, penyelidik melihat kesan ke atas kesihatan yang berkaitan dengan kualiti hidup dan kemasukan hospital berkaitan dengan penyakit paru-paru dalam orang dengan COPD.

Latar belakang

Orang dengan COPD, satu penyakit paru-paru kronik, mempunyai gejala-gejala yang lebih teruk dari semasa ke semasa yang membawa kepada kehilangan kesejahteraan (juga dikenali sebagai penurunan kesihatan berkaitan dengan kualiti hidup, HRQoL). Dalam intervensi pengurusan diri, orang dengan COPD mempelajari apa yang perlu dilakukan dalam situasi penyakit yang lain, seperti bilakah gejala-gejala menjadi lebih teruk dan perlu membina kemahiran dan mengubah tingkah laku kesihatan untuk menguruskan penyakit mereka. Pelan tindakan menghuraikan apa yang boleh dilakukan oleh orang dengan COPD apabila gejalanya menjadi lebih teruk.

Keberkesanan pelan tindakan apabila COPD menjadi lebih teruk adalah tidak jelas. Pelan tindakan telah menjadi sebahagian daripada pengurusan COPD yang penting dan selalunya dimasukkan ke dalam program pengurusan diri COPD.

Tarikh carian

Penyelidik telah membuat pencarian kajian sehingga Mei 2016.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik memasukkan 22 kajian, melibatkan seramai 3,854 peserta, yang menilai kesan intervensi pengurusan diri yang merangkumi satu pelan tindakan. Semua kajian mempunyai kumpulan kawalan yang menerima penjagaan biasa. Susulan adalah antara dua hingga 24 bulan.

Keputusan utama

Intervensi pengurusan diri termasuk satu pelan tindakan untuk gejala COPD menjadi buruk meningkat kesihatan yang berkaitan dengan kualiti hidup berbanding dengan rawatan biasa (bukti berkualiti tinggi). Bilangan orang yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kemasukan hospital yang berkaitan dengan penyakit paru-paru berkurangan antara orang yang mengambil bahagian dalam intervensi pengurusan diri (kualiti bukti sederhana). Terdapat peningkatan yang sangat kecil tetapi penting dalam kematian yang berkaitan dengan pernafasan untuk intervensi pengurusan diri (kualiti bukti sangat rendah).

Kajian yang termasuk melihat kandungan intervensi pengurusan diri dan pelan tindakan yang berbeza. Populasi kajian juga berbeza.

Walaupun penyelidik tidak dapat mengenal pasti komponen-komponen yang paling berkesan, penyelidik mendapati bahawa memasukkan satu program pemberhentian merokok seolah-olah berkesan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup.

Kualiti bukti

Bukti dalam ulasan ini adalah boleh dipercayai, dan bukti bagi penemuan utama kajian adalah berkualiti sederhana hingga tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information