Peralatan-peralatan klinikal untuk mengesan kecederaan tulang belakang serviks (CSI) pada kanak-kanak dengan kecederaan

Mesej utama

– Pada masa ini terdapat bukti yang tidak mencukupi untuk menentukan peralatan keputusan klinikal yang mana yang patut digunakan untuk membantu dalam penentuan sama ada kanak-kanak yang berpotensi mendapat kecederaan tulang belakang serviks (CSI) memerlukan ujian pengimejan bagi membantu diagnosis.

Apakah kecederaan tulang belakang serviks dan bagaimana ianya dikesan?

Tulang belakang serviks ialah bahagian atas tulang belakang di antara kepala dan bahu (leher). Kejadian CSI traumatik di kalangan kanak-kanak adalah sangat rendah. Walau bagaimanapun, ianya sangat penting untuk tidak terlepas pandang kecederaan ini disebabkan akibatnya boleh memudaratkan, termasuk kematian atau kecacatan sepanjang hidup. Untuk mengesan CSI, beberapa jenis teknik pengimejan boleh digunakan: tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI) dan sinar-X. Satu imbas CT menggunakan sinar-X terperinci untuk menghasilkan imej keratan lintang badan dan MRI menggunakan gelombang radio dan magnet berkuasa untuk menghasilkan imej-imej. Walaupun imbas CT dan sinar-X berguna untuk mengesan kecederaan tulang, namun mereka menggunakan radiasi yang boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser, terutamanya dalam kanak-kanak. Untuk mengelakkan pendedahan kanak-kanak kepada radiasi yang tidak perlu, adalah penting untuk mencari ujian-ujian klinikal yang boleh menentukan sama ada kanak-kanak berisiko untuk CSI, betapa tepatnya (dikenali sebagai ketepatan diagnostik) dan sama ada pengimejan radiografi diperlukan.

Apakah maklamat utama ulasan ini?

Peraturan keputusan klinikal (CDRs) adalah peralatan yang digunakan oleh pengamal perubatan untuk memutuskan sama ada ujian diagnostik diperlukan atau aksi klinikal lain patut diambil. Kami ingin mencari CDRs yang mana berguna untuk menentukan kanak-kanak mana yang berisiko untuk CSI selepas kecederaan trauma tumpul (sebagai contoh, kemalangan kenderaan bermotor dan jatuh), dan sama ada pengimejan radiografi patut digunakan untuk membantu diagnosis. Peralatan yang telah direka untuk orang dewasa kerap digunakan untuk kanak-kanak, tetapi sedikit sahaja maklumat yang diketahui tentang ketepatannya dalam kanak-kanak. Maklamat ulasan ini adalah untuk menilai semua CDRs dan peralatan yang telah digunakan dalam proses membuat keputusan dan sekiranya mereka boleh digunakan secara selamat dan efektif dalam kanak-kanak.

Apakah yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari pangkalan data untuk kajian-kajian yang telah membandingkan ketepatan diagnostik mana-mana CDR dengan CDR yang lain untuk penilaian CSI selepas trauma tumpul dalam kanak-kanak.

Apakah yang telah kami temui?

Kami telah menyertakan lima kajian-kajian yang mengrekrut 21,379 kanak-kanak, diterbitkan antara 2001 dan 2021, yang telah menilai ketepatan tujuh CDRs (NEXUS, Canadian C-Spine Rule, kriteria retrospektif PECARN, garis panduan NICE CG56 dan CG176, model Leonard de novo dan PEDSPINE) untuk menilai CSIs selepas trauma tumpul dalam kanak-kanak.

Keputusan utama

Terdapat kekurangan bukti terkini untuk menentukan CDRs yang mana paling efektif dalam pengesanan CSIs selepas trauma tumpul dalam kanak-kanak, terutamanya yang muda daripada lapan tahun. Walaupun kebanyakan CDRs telah mengenal pasti kanak-kanak yang telah mempunyai CSI (dikenali sebagai sensitiviti tinggi), namun CDRs tidak mengenal pasti kanak-kanak yang tidak mempunyai CSI (dikenali sebagai sensitiviti rendah). Sekiranya CDRs tersebut telah digunakan sebagai peraturan, sebilangan besar kanak-kanak tanpa CSI yang telah hadir ke jabatan kecemasan untuk penilaian trauma tumpul akan menerima pengimejan yang berpotensi mendedahkan mereka kepada radiasi yang tidak perlu. CDRs tersebut sangat baik sebagai panduan untuk penilaian klinikal dengan bukti terkini yang tidak menyokong penggunaan CDRs secara ketat dalam penjagaan trauma untuk kanak-kanak. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai ketepatan CDRs untuk digunakan dalam penilaian tulang belakang serviks dalam kanak-kanak.

Apakah batasan bukti?

Kualiti kajian-kajian berubah-ubah disebabkan terdapat perbezaan dalam kanak-kanak yang telah direkrut, bilangan CSIs, dan kaedah-kaedah yang telah digunakan untuk membuat kita kurang pasti tentang keputusannya. Pada masa ini terdapat dua kajian berterusan yang besar yang patut menyumbang kepada bukti ketepatan CDRs dalam kanak-kanak.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti terkini sehingga 13 Disember 2022.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information