Terapi PEP dalam bronkiektasis

Soalan ulasan: Penyelidik mengulas bukti untuk mengenal pasti kesan terapi tekanan ekspirasi positif (PEP) berbanding dengan teknik pembersihan saluran udara (ACT) yang lain pada orang yang mempunyai bronkiektasis.

Latar Belakang: Orang dengan bronchiectasis mempunyai batuk kronik dan sering menghasilkan lendir. ACTs membantu dalam penghapusan lendir pada orang dengan bronkiektasis, dengan terapi PEP teknik yang biasanya ditetapkan. Ulasan sebelumnya mencadangkan bahawa ACT mungkin bermanfaat berbanding tanpa rawatan, walaupun kekuatan bukti ini rendah. Penyelidik ingin mengetahui apakah kesan terapi PEP berbanding dengan ACT yang lain apabila digunakan oleh orang yang mengalami bronkiektasis, dan sama ada ia memberi kelebihan berbanding ACT lain.

Ciri-ciri kajian: Sembilan kajian telah dimasukkan, dengan jumlah 213 orang. Umur purata peserta adalah antara 45 hingga 74 tahun. Tempoh rawatan terdiri daripada sesi tunggal hingga empat minggu rawatan. Lapan kajian meneliti orang yang stabil dan satu kajian meneliti orang yang mengalami eksaserbasi (suar) bronkiektasis. Terapi PEP dibandingkan dengan pelbagai ACT.

Keputusan utama: Dua kajian kecil menunjukkan bahawa terapi PEP mempunyai keberkesanan yang sama berbanding ACT lain untuk meningkatkan kualiti hidup. Tempoh kemasukan ke hospital semasa menggunakan terapi PEP atau ACT lain semasa suar adalah serupa. Kedua-dua terapi PEP dan teknik lain kelihatannya mempunyai kesan yang sama pada pelepasan lendir dari paru-paru dan fungsi paru-paru. Tahap nafas yang sama telah dialami dengan terapi PEP dan ACT lain. Keputusan hasil minat lain adalah kadar kemasukan ke hospital tetapi belum dilaporkan. Berdasarkan maklumat ini, preskripsi terapi PEP untuk orang yang mempunyai bronkiektasis adalah sesuai dengan jenis ACT yang lain, tanpa kelebihan terapi PEP.

Kualiti bukti: Disebabkan oleh pelaporan kaedah yang tidak mencukupi dan jumlah peserta yang kecil, kualiti bukti adalah rendah.

Ringkasan Cochrane bahasa biasa ini dikemas kini sehingga Mei 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information