Ubat dan produk semula jadi dalam kalangan dewasa mudarat kendiri

Kami mengulas literatur antarabangsa tentang kajian rawatan farmakologi (ubat) dan produk semula jadi (pelengkapan diet) dalam bidang ini. Sejumlah tujuh kajian yang memenuhi kriteria kemasukan kami telah dikenal pasti. Terdapat sedikit bukti kesan bermanfaat kedua-dua rawatan farmakologi atau produk semula jadi. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kajian telah dijalankan, bermaksud kemungkinan kesan bermanfaat sesetengah terapi tidak dapat diketepikan.

Mengapakah ulasan ini penting?

Mudarat kendiri (SH) yang termasuk keracunan kendiri/terlebih dos dan kecederaan diri adalah masalah major di kebanyakan negara dan berkait rapat dengan bunuh diri. Oleh itu, rawatan berkesan untuk pesakit SH penting untuk dibangunkan. Walaupun terdapat peningkatan penggunaan intervensi psikososial untuk SH dalam kalangan dewasa (yang difokus dalam ulasan lain), rawatan ubat-ubatan sering diguna dalam amalan klinikal. Oleh itu, adalah penting untuk menilai bukti keberkesanannya.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

Klinisian yang bekerja dengan pesakit yang terlibat dalam SH, pesakit sendiri, dan saudara-mara mereka.

Apakah soalan yang ingin dijawab oleh ulasan ini?

Ulasan ini adalah kemas kini ulasan Cochrane terdahulu pada 1999, yang mendapati sedikit bukti kesan bermanfaat rawatan ubatan kepada pesakit SH berulang selain flupenthixol. Kemas kini ini bertujuan menilai lebih lanjut bukti keberkesanan rawatan ubat dan produk semula jadi untuk pesakit SH dengan hasil yang lebih meluas.

Kajian manakah yang disertakan dalam ulasan ini?

Untuk disertakan dalam ulasan ini, kajian-kajian mestilah kajian rawak terkawal dengan rawatan ubat-ubatan untuk orang dewasa yang baru terlibat dengan SH.

Apakah bukti daripada ulasan ini beritahu kita?

Buat masa ini tiada bukti jelas tentang keberkesanan antidepresan, antipsikotik, penstabil mood, atau produk semula jadi yang mencegah perulangan SH.

Apakah yang patut berlaku seterusnya?

Kami mengesyorkan kajian lanjut ubat-ubatan untuk pesakit SH, mungkin digabung dengan rawatan psikologi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information