Rawatan komunikasi di antara kaviti oral dan sinus maksila akibat prosedur pergigian

Soalan ulasan

Apakah bukti sedia ada tentang rawatan yang berkesan dan selamat bagi pembukaan di antara mulut dan sinus utama yang disebabkan oleh prosedur pergigian.

Latar belakang

Lantai sinus utama yang berhampiran dengan hidung adalah nipis dan terletak di atas akar gigi-gigi di bahagian belakang mulut. Kadangkala, selepas sebarang jangkitan atau rawatan pergigian, struktur ini tercedera dan pembukaan terbentuk di antara mulut dan sinus. Ia dipanggil komunikasi oro-antral (KOA). Jika KOA dibiarkan terbuka (disebut sebagai fistula oro-antral (FOA), ia boleh menjadi kekal dan membawa kepada jangkitan sinus yang berpanjangan. Keadaan ini boleh dirawat secara surgikal menggunakan flap, graf dan teknik-teknik lain; atau secara bukan surgikal menggunakan pelbagai kaedan dan bahan. Terdapat sedikit bukti tentang cara rawatan paling berkesan dan selamat untuk menutup KOA dan FOA dan klinisian yang merawat keadaan ini telah mengenalpasti keperluan segeranya. Ini adalah kemaskini ulasan yang diterbitkan pertama kali pada 2016.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pelbagai pangkalan data sehingga 23 Mei 2018 Hanya satu kajian yang dijalankan di Iran dimasukkan dalam ulasan ini. Kajian tersebut berlangsung selama dua tahun dan melibatkan 20 orang dengan KOA berumur 25 hingga 56 tahun. Peserta dibahagi kepada dua kumpulan dan dua rawatan surgikal untuk merawat komunikasi oro-antral dibandingkan; satu kumpulan dirawat dengan flap pad lemak bukal pedikel (FPLBP) dan satu kumpulan lagi dengan flap bukal (FB).

Keputusan utama dan kualiti bukti

Kajian tersebut tidak menjumpai sebarang bukti di antara FPLBP dan FB dari segi kejayaan penutupan (penuh) KOA. Kedua-dua intervensi menghasilkan kejayaan penutupan selepas satu bulan pembedahan. Oleh itu kajian tersebut tidak melaporkan sebarang kesan buruk kegagalan rawatan. Mungkin penemuan ini tidak dapat dibuat secara umum kerana kualiti bukti adalah rendah dan risiko bias yang tidak jelas dan bilangan peserta yang kecil dalam satu kajian tunggal.

Kesimpulan

Bukti sedia ada tidak cukup untuk membuat rumusan boleh percaya berkenaan kesan intervensi yang diguna untuk merawat KOA akibat prosedur pergigian. Lebih banyak kajian dengan reka bentuk dan laporan yang baik diperlukan untuk menilai pelbagai intervensi diperlukan untuk memberi bukti boleh percaya bagi membantu keputusan klinikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my

Tools
Information