Latar belakang
Kematian Mengejut Yang Tidak Dijangka (SUDEP) dalam epilepsi ditakrifkan sebagai kematian yang mengejut, tidak diduga, disaksikan atau tidak disaksikan, bukan trauma atau kematian yang tidak berkaitan dengan lemas dalam kes epilepsi, dengan atau tanpa bukti sawan epilepsi, dan bagi pemeriksaan post mortem yang mendedahkan tiada punca lain kematian tersebut. SUDEP adalah penyebab yang paling lazim bagi kematian berkaitan dengan epilepsi, dengan kira-kira 1 hingga 2 kematian daripada 1000 pesakit setiap tahun. Sawan yang kerap, khususnya sawan jenis konvalsif (terma yang dipanggil sebagai sawan tonik klonik (GTCS)), jantina lelaki, umur muda sewaktu mengalami sawan yang pertama, tempoh panjang epilepsi, dan mengambil pelbagai ubat anti-epilepsi, semuanya dianggap meningkatkan risiko untuk SUDEP; sebab tepat mengapa SUDEP berlaku pada masa ini adalah tidak diketahui, walaupun ia dianggap berkaitan dengan kegagalan jantung, kesukaran bernafas, dan kerosakan otak berikutan GTCS.
Dengan regimen rawatan anti-epilepsi yang betul sebanyak 70% orang yang mengalami epilepsi boleh bebas dari semua jenis sawan. Walau bagaimanapun, lebih kurang satu-pertiga orang yang mengalami epilepsi akan terus mengalami sawan walaupun telah mengambil pelbagai ubat anti-epilepsi. Sawan yang berterusan meletakkan pesakit pada risiko SUDEP dan boleh dikaitkan dengan depresi dan kualiti hidup yang rendah. Strategi untuk cuba mengelakkan SUDEP termasuk mengurangkan jumlah pesakit GTCS (dengan mempertimbangkan pembedahan epilepsi atau membuat perubahan gaya hidup), memeriksa masalah jantung dan pernafasan semasa dan berikutan sawan, menyelia pesakit pada waktu malam atau menggunakan bantal keselamatan untuk mengelakkan masalah pernafasan. Dadah yang meningkatkan bahan kimia serotonin di otak dan meningkatkan bahan kimia otak seperti adenosin dan opioid mampu mengelakkan kesukaran bernafas.
Objektif
Untuk mengkaji keberkesanan rawatan yang direka khas untuk mengelakkan SUDEP.
Kaedah-kaedah
Kami mencari pangkalan data elektronik dan menghubungi pakar di kawasan tersebut untuk mencari kajian rawak atau bukan-rawak yang berkaitan untuk kajian semula ulasan. Pendapatan yang diinginkan: bilangan kematian yang disebabkan oleh SUDEP; bilangan kematian lain yang tidak berkaitan dengan SUDEP; perubahan dalam kebimbangan, kemurungan, dan kualiti hidup; dan bilangan kehadiran ke hospital.
Bukti adalah terkini sehingga Februari 2019.
Keputusan
Daripada 818 rekod yang terdapat dalam carian kami, kami dapat memasukkan empat kajian pemerhatian. Kami mendapati terdapat beberapa kajian yang mengukur kadar sensitiviti peranti yang mengesan GTCS pada waktu malam, tetapi kajian ini tidak mengukur SUDEP dan sebab itu tidak berkaitan dengan kajian ini.
Tiga buah kajian yang mengkaji sama ada mempunyai seorang supervisor yang berkongsi bilik dengan pesakit dan menggunakan langkah pencegahan yang khusus seperti pantauan yang kerap pada waktu malam atau alatan mendengar untuk mengelakkan SUDEP. Dua daripada tiga kajian yang merangkumi 202 orang yang telah meninggal dunia disebabkan SUDEP dan 836 orang yang mempunyai epilepsi yang masih hidup mendapati langkah ini mencegah SUDEP. Kajian ketiga di mana 60 kematian SUDEP dan 240 kawalan melihat sama ada peningkatan pantauan pada waktu malam untuk pesakit dalam dua unit kediaman dan ke atas kerap membuat pantauan untuk memasukkan monitor katil dan peranti mendengar yang menghalang SUDEP. Kajian ini tidak menunjukkan pertambahan kesan pengelakkan. Walau bagaimanapun kajian yang sama telah menunjukkan bahawa pusat dengan kematian SUDEP yang paling tinggi mempunyai tahap penyeliaan yang paling rendah. Kajian ini tidak melaporkan perubahan dalam kebimbangan, kemurungan, kualiti hidup dan bilangan kehadiran hospital.
Kajian keempat melihat kepada kesan memberi maklumat kepada orang yang mempunyai epilepsi tentang SUDEP dan sama ada ia meningkatkan pengambilan ubat antiepilepsi dan kesan ke atas perasaan dan kebimbangan. Kajian ini mengikut pesakit selama enam bulan selepas diberi maklumat (atau tidak) dan tidak menunjukkan sebarang kesan ke atas pengambilan ubat atau perasaan dan keresahan. Tiada kematian dalam kajian jadi kesan memberi maklumat dan kesan ke atas risiko SUDEP tidak diketahui.
Kepastian bukti
Kami menilai kepastian bukti daripada ulasan kajian ini adalah sangat rendah di mana ia melibatkan kajian tidak rawak, dan maklumat tentang langkah penyeliaan untuk mengelakkan SUDEP tidak tersedia sehingga 40% orang dalam kajian ini yang tidak mengalami SUDEP.
Kesimpulan
Kita dapati terhad, bukti yang sangat rendah-kepastian bahawa pengawasan pada waktu malam menghalang SUDEP. Penyelidikan selanjutnya diperlukan untuk mengenal pasti jika rawatan lain, seperti peranti pengesanan sawan, bantal keselamatan, dan penggunaan dadah yang berkesan ke atas serotonin, adenosin, dan tahap opiat dalam otak adalah berkesan dalam mencegah sudep dalam orang dengan epilepsi.
Diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri (RCSI UCD Malaysia Campus, Penang). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my