Mesej utama
- Kami tidak menemui bukti kukuh yang mencukupi untuk menjawab persoalan apakah cara yang terbaik untuk melakukan penggantian injap aorta adalah dengan melalui hirisan konvensional bersaiz lengkap pada tulang dada ataupun dengan hirisan bersaiz lebih kecil di atas tulang dada.
- Tiada masalah penting yang berlaku selepas pembedahan jantung adalah lebih biasa dalam kedua-dua kumpulan.
Apakah penggantian injap aorta?
Penggantian injap aorta adalah satu pembedahan biasa yang dilakukan untuk menggantikan salah satu injap jantung. Antara sebab-sebab ianya diperlukan termasuklah injap yang tidak terbuka dan tertutup dengan betul, disebabkan oleh penuaan. Mereka yang mempunyai penyakit injap aorta boleh mengalami sakit dada, sesak nafas, rebah atau kematian mengejut.
Bagaimanakah penggantian injap aorta boleh dilakukan?
Cara yang paling biasa untuk melakukan pembedahan tersebut adalah dengan membuka sepanjang tulang dada. Kaedah lain melibatkan potongan 'lubang kunci' yang lebih kecil yang hanya membahagikan sebahagian kecil tulang dada. Melakukannya dengan cara ini menjadikan parut lebih kecil, tetapi juga boleh menjadikan pembedahan lebih mencabar kerana ianya lebih sukar untuk dilihat dan sampai ke jantung. Ini mungkin menyebabkan pembedahan menjadi lebih lama dan kurang selamat, walaupun ia kelihatan lebih kecil dari luar.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada pemotongan 'lubang kunci' yang lebih kecil (sternotomi terhad) adalah lebih baik daripada pemotongan biasa sepanjang tulang dada (sternotomi lengkap) apabila melakukan pembedahan penggantian injap aorta pada orang dewasa. Kami ingin melihat sama ada kedua-duanya selamat dan berkesan seperti satu sama lain.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mengemas kini ulasan yang telah kami tulis sebelum ini mengenai topik tersebut. Kami mencari kajian yang membandingkan sternotomi terhad dengan sternotomi lengkap pada orang dewasa yang menjalani penggantian injap aorta. .Kami membanding serta merumuskan keputusan kajian-kajian dan menilai tahap keyakinan kami terhadap bukti-bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang kami temui?
Kami menemui 14 kajian dengan 1395 peserta dari Eropah, Rusia, dan Afrika Utara. Terdapat gabungan keadaan berbeza yang memerlukan penggantian injap aorta. Kebanyakan mereka berumur antara 60 hingga 70 tahun dan kira-kira separuh adalah lelaki. Peserta dalam setiap kumpulan adalah serupa.
Mungkin tiada perbezaan antara kumpulan dalam bilangan orang yang meninggal dunia akibat pembedahan. Jika 25 daripada setiap 1000 orang yang menjalani potongan saiz penuh pada tulang dada mereka mati selepas pembedahan, sekitar 23 (di antara 11 dan 48) dalam setiap 1000 akan mati menggunakan pembedahan 'lubang kunci'. Oleh kerana julat itu berkisar antara dua kali kurang dan dua kali lebih banyak, adalah sukar untuk mengatakan dengan pasti sama ada pembedahan itu lebih baik atau lebih teruk.
Jumlah masa yang diperlukan oleh pakar bedah untuk menggunakan mesin jantung-paru-paru untuk menyokong jantung semasa melakukan pembedahan 'lubang kunci' mungkin secara purata sekitar 11 minit lebih lama – bukan jumlah yang besar. Tempoh masa jantung dihentikan sepenuhnya untuk melakukan pembedahan 'lubang kunci' mungkin enam minit lebih lama secara purata, walaupun kami tidak yakin dengan bukti tersebut.
Tiada masalah penting yang berlaku selepas pembedahan jantung adalah lebih lazim dalam kedua-dua kumpulan (jangkitan di sekitar jantung, irama jantung yang tidak teratur atau keperluan segera untuk pembedahan semula kerana pendarahan), walaupun sekali lagi kami tidak pasti sama ada bukti itu cukup kukuh. Peserta mungkin berdarah lebih sedikit selepas menjalani pembedahan invasif minimum. Dalam pembedahan dengan potongan yang lebih kecil, purata kehilangan darah adalah 153 mL lebih kurang. Mungkin tiada perubahan dalam kesakitan dan kualiti hidup mungkin tidak berbeza antara kedua-dua kumpulan.
Sternotomi terhad mungkin memerlukan kos yang lebih bagi setiap pembedahan untuk dilakukan, kira-kira 1190 paun sterling.
Apakah batasan bukti?
Kami tidak begitu yakin dengan bukti tersebut. Salah satu masalah utama dengan kajian adalah ianya kecil dan mungkin tidak dapat melihat perbezaan yang sedikit antara kumpulan. Oleh kerana masalah selepas pembedahan jantung jarang berlaku, kami perlu menilai lebih ramai orang yang menjalani pembedahan untuk mengesan perubahan kecil. Masalah lain ialah pakar bedah cenderung untuk mempunyai banyak cara yang sedikit pelbagai untuk mereka melakukan pembedahan. Terdapat juga perbezaan dalam amalan, bermakna pengukuran mungkin tidak diambil pada masa yang sama, dengan cara yang sama. Kami perlu berhati-hati dalam membuat kesimpulan tentang perbezaan yang mana dalam kumpulan dalam ulasan ini disebabkan oleh hirisan yang lebih kecil dan yang disebabkan oleh faktor-faktor lain.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Ulasan ini mengemas kini ulasan kami yang terdahulu. Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2021.
Sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan terjemahan ini. Diterjemah oleh Ahmad Shauqi Mohammad Norizan. Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).