Soalan ulasan
Seberapa berkesan chlorpromazine antipsikotik sebagai rawatan untuk skizofrenia berbanding dengan penfluridol?
Latar belakang
Skizofrenia adalah gangguan mental yang serius di mana orang mengalami gejala seperti halusinasi dan khayalan, penarikan sosial, motivasi menurun dan tindak balas emosi yang lemah. Rawatan utama untuk skizofrenia adalah ubat antipsikotik. Chlorpromazine dan penfluridol aqdalah antipsikotik yang digunakan secara meluas. Namun, antipsikotik yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza, dan mengetahui kesan individu dari antipsikotik yang berbeza dan kesan sampingan boleh menyebabkan mereka dapat menentukan keputusan antipsikotik untuk seseorang individu dengan skizofrenia. Ulasan ini membandingkan chlorpromazine dengan penfluridol dan merupakan satu siri daripada ulasan yang membandingkan chlorpromazine secara langsung dengan antipsikotik lain.
Pencarian
Pakar Maklumat Cochrane skizofrenia mencari kajian mereka yang mendaftar pada bulan Mac, 2017 untuk kajian yang orang dewasa dirawak dengan skizofrenia atau gangguan berkaitan untuk menerima sama ada chlorpromazine atau penfluridol. Tujuh rekod telah dijumpai dan diperiksa oleh penulis ulasan
Bukti-bukti yang ditemui
Hanya tiga kajian rawak terkawal, dengan jumlah 130 peserta memenuhi keperluan ulasan dan membekalkan data yang boleh digunakan. Kualiti bukti yang didapati adalah rendah, tiada perbezaan yang ketara antara chlorpromazine dan penfluridol untuk kemasukan hospital, insiden akathisia atau bilangan peserta yang meninggalkan kajian awal. Tiada kematian semasa kajian dijalankan. Penyelidik tidak dapat menggunakan data yang tersedia untuk keadaan global dan mental disebabkan oleh pelaporan yang lemah, dan tiada kajian melaporkan data berulang.
Kesimpulan
Penyelidik tidak boleh membuat kesimpulan yang kukuh mengenai keberkesanan yang setanding antara chlorpromazine dan penfluridol dengan data berkualiti rendah sedemikian - tetapi penfluridol hanya perlu diberi seminggu sekali - yang boleh membantu kepatuhan ubat yang lemah dengan skizofrenia. Secara hebatnya, untuk ubat lama sedemikian, lebih banyak kajian yang melaporkan data berkualiti tinggi adalah diperlukan.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.