Apakah isunya?
Apabila pesakit menjalani rawatan dialisis menggunakan mesin untuk membersihkan darah mereka (dipanggil hemodialisis (HD)), rawatan pencairan darah adalah untuk mencegah pembekuan darah di dalam tiub dialisis. Walau bagaimanapun, rawatan pencairan darah yang terlampau boleh menyebabkan masalah pendarahan. Terdapat pelbagai ubat untuk mencairkan darah, tetapi tidak jelas yang mana pilihan terbaik atau paling selamat.
Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari semua penyelidikan yang menilai rawatan pencairan darah semasa HD untuk orang dewasa dan kanak-kanak sehingga November 2023. Kami menilai kepastian yang kami dapat tentang hasil penyelidikan ini menggunakan kaedah "GRADE".
Apakah yang telah kami dapati?
Kami dapati 113 kajian melibatkan 4535 pesakit yang dirawat dengan HD. Pesakit diberi pelbagai jenis terapi pencairan darah. Rawatan yang diperolehi diputuskan secara rawak (seperti lambungan syiling). Kebanyakan kajian melihat rawatan yang dipanggil "low melecular weight heparin" dan dibandingkan dengan pencairan darah standard (dipanggil "standard heparin"). Malangnya, kajian itu melibatkan sebilangan kecil pesakit sahaja dan hanya mencari risiko pembekuan atau pendarahan semasa satu atau dua bulan terapi. Oleh kerana tempoh masa yang singkat ini, dan batasan kajian penyelidikan yang lain, kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Penyelidikan terkini tidak memberitahu kami sama ada satu rawatan pencairan darah adalah lebih baik atau lebih selamat daripada yang lain untuk pesakit semasa rawatan dialisis.
Kesimpulan
Kami masih tidak pasti tentang cara terbaik untuk mencairkan darah untuk rawatan HD berdasarkan penyelidikan yang sedia ada.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan terjemahan ini. Diterjemah oleh Daniel Hazim Mohd Shukri (Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).