Soalan ulasan
Orang yang menghidap asma boleh diiberi pelan tindakan peribadi bertulis untuk menguruskan asma mereka.Pelan ini menyediakan maklumat tentang ubat mana yang patut diambil dan bila.Orang lain mungkin boleh diberi pengetahuan tentang bagaimana menjaga asma mereka.Ulasan ini meninjau sama ada penggunaan pelan sahaja atau dengan pendidikan membantu menambah baik hasil untuk orang yang menghidap penyakit asma.
Latar belakang
Asma adalah penyakit yang mempengaruhi paru-paru, yang boleh menyukarkan orang untuk bernafas.Sesetengah orang boleh menguruskan asma mereka dengan baik, dan ia tidak banyak mengganggu, tetapi bagi sesetengah orang asma boleh berubah menjadi lebih teruk dan kerap.Apabila ini terjadi, mereka mungkin pergi berjumpa doktor atau pergi ke hospital.Apabila asma menjadi lebih teruk, mereka boleh mengambil ubat atau mengubah amaun ubat untuk diambil bagi menambah baik asma mereka.Untuk mengetahui bila dan bagaimana untuk mengubah ubat, orang dewasa dengan asma boleh diberi pelan bertulis yang direka khas untuk mereka.Ini dipanggil pelan tindakan asma peribadi (PAAP).PAAP akan memberitahu orang bila mereka perlu berjumpa doktor dan mungkin termasuk pendidikan bagaimana untuk mengurus asma mereka.
Ciri kajian
Kami mencari kajian-kajian sehingga September 2016.Kami mendapati 15 kajian yang memberi maklumat yang kami cari dalam membuat ulasan ini.Sejumlah 3062 orang telah mengambil bahagian dalam kajian-kajian tersebut; 2602 mengambil bahagian dalam 11 kajian yang melihat PAAP berbanding tiada PAAP, dan 460 orang dimasukkan ke dalam empat kajian yang melihat PAAP dan pendidikan berbanding hanya pendidikan.Empat belas kajian berlangsung selama enam bulan atau lebih.Purata umur peserta kajian adalah di antara 22 hingga 49 tahun.Keterukan asma adalah di antara ringan hingga teruk.Kami menggunakan data daripada 10 dari 15 kajian untuk mengesahkan dapatan kami.
Keputusan utama
PAAP sahaja berbanding tanpa PAAP: Orang yang mennggunakan PAAP tidak menunjukkan perbezaan (baik atau buruk) dari sudut terpaksa pergi ke hospital kerana asma mereka menjadi teruk berbanding dengan orang yang tidak menggunakan PAAP.Keputusan ini sama untuk perubahan dalam gejala asma dan bilangan kematian akibat asma.Orang dengan PAAP menunjukkan tiada penambahbaikan dalam kualiti hidup berbanding dengan mereka yang tanpa PAAP, namun perbezaan ini tidak cukup besar untuk memberi sebarang makna.
PAAP dengan pendidikan berbanding dengan pendidikan sahaja: Penulis ulasan tidak mendapati perbezaan - baik atau buruk - di antara orang yang menggunakan PAAP dan pendidikan dengan mereka yang menerima pendidikan sahaja.Dapatan ini adalah sama untuk semua hasil, iaitu terpaksa pergi ke hospital sebab asma menjadi lebih teruk dan perubahan-perubahan dalam skor gejala dan kualiti hidup.
Kualiti bukti
Kami menilai kualiti 15 kajian yang dimasukkan sebagai rendah atau sangat rendah kerana bilangan kecil kajian yang dimasukkan dalam ulasan ini mempunyai masalah reka bentuk kajian, termasuk bagaimana memasukkan peserta ke dalam kajian dan bagaimana menangani data tidak lengkap untuk sesetengah orang.Kajian-kajian juga bermasalah dengan data hasil bagi mengurus mereka yang tidak menamatkan kajian. Ini bermaksud jika kajian lanjutan yang lengkap ditambah kepada versi lanjutan ulasan ini, dapatan ulasan boleh berubah.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my