Pokoknya
Ulasan ini mendapati bahawa hanya beberapa orang dengan sakit kepala jenis ketegangan dua hingga 14 kali sebulan mendapat kelegaan dari mengambil paracetamol 1000 mg. Ada persoalanan tentang bagaimana kajian sakit jenis ini kepala dikendalikan. Persoalan ini melibatkan jenis orang yang dipilih untuk kajian, dan hasil jenis dilaporkan. Ini menghadkan kegunaan keputusan, terutamanya bagi orang-orang yang hanya mempunyai sakit kepala sekali-sekala.
Latarbelakang
Orang yang kerap sakit kepala jenis ketegangan mengalaminya dua hingga 14 kali sebulan. Sakit kepala jenis ketegangan menghadkan orang daripada menumpukan perhatian dan berfungsi dengan sempurna, dan menyebabkan banyak kerencatan kehidupan. Apabila sakit kepala berlaku, ia menjadi lebih baik dari masa ke masa, walaupun tanpa rawatan.
Paracetamol adalah ubat penahan sakit yang biasa digunakan, yang boleh didapati tanpa preskripsi (di kaunter) di kebanyakan tempat di dunia. Dos yang biasa ialah 1000 mg (biasanya dua tablet) yang diambil melalui mulut.
Ciri-ciri kajian
Pada bulan Oktober 2015, kami mencari kesusasteraan perubatan dan mendapati 23 kajian yang melibatkan 8079 peserta yang mencari paracetamol untuk episod kerap sakit kepala jenis ketegangan Kira-kira 6000 orang peserta telah menyertai perbandingan antara paracetamol 1000 mg dan plasebo (ubat tipu). Keputusan biasanya dilaporkan dua jam selepas mengambil ubat atau plasebo. Persatuan Antarabangsa Sakit Kepala (International Headache Societ) mengesyorkan tumpu-hasil pelegaan kesakitan dua jam selepas mengambil ubat, tetapi hasil yang lain juga disyorkan. Beberapa kajian melaporkan pelegaan kesakitan dalam dua jam atau hasil lain, jadi ada maklumat adalah terhad untuk menganalisa beberapa tumpu hasil lain.
Keputusan utama
Hasil dari kebebasan sakit dialam dua jam telah dilaporkan oleh 24 antara 100 orang mengambil paracetamol 1000 mg, dan 19 daripada 100 orang yang mengambil plasebo, yang bererti bahawa hanya 5 antara 100 orang mendapat manfaat kerana paracetamol 1000 mg (kualiti bukti yang tinggi). Tumpu hasil pelegaan kesakitan atau hanya sakit yang ringan dalam dua jam itu dilaporkan oleh 59 antara 100 orang yang mengambil paracetamol 1000 mg, dan 49 daripada 100 orang yang mengambil placebo (kualiti bukti yang tinggi), yang bererti bahawa hanya 10 antara 100 orang mendapat manfaat kerana parasetamol 1000 mg.
Kira-kira 10 antara 100 orang yang mengambil paracetamol 1000 mg melaporkan mengalami kesan sampingan yang sama seperti dengan plasebo (9 antara 100 orang) (kualiti bukti yang tinggi). Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan atau dalam intensiti sederhana. Tiada kesan sampingan serius.
Kami mendapati jumlah maklumat yang sangat kecil membandingkan paracetamol 500 mg atau 650 mg dengan plasebo, dan membandingkan paracetamol 1000 mg dengan ubat penahan sakit lain. Tidak perbezaan antara mana-mana rawatan ini.
Kualiti bukti
Bukti berkualiti sederhana atau tinggi untuk paracetamol 1000 mg berbanding dengan plasebo, dan rendah atau sangat rendah untuk paracetamol 500 mg ke 650 mg berbanding dengan plasebo, dan untuk paracetamol 1000 mg berbanding dengan ubat penahan sakit lain. Bukti berkualiti tinggi bermakna bahawa kita amat pasti mengenai keputusan. Bukti berkualiti rendah bermakna bahawa kita amat tidak pasti mengenai keputusan.
Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College) Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my..