Soalan ulasan
Bagi pesakit kanser pundi kencing yang melibatkan dinding otot dalam, menggunakan alat robotik membawa kepada hasil yang lebih baik atau lebih buruk daripada pembedahan terbuka?
Latar belakang
Pesakit dengan kanser pundi kencing yang melibatkan dinding otot dalam adalah paling baik dirawat dengan pembedahan yang membuang keseluruhan pundi kencing dan mencipta pundi kencing tiruan atau saluran daripada usus untuk membolehkan air kencing dialirkan ke luar. Ini telah dilakukan secara tradisional melalui pembedahan terbuka dengan menggunakan satu insisi besar. Baru-baru ini, pembedahan sebegini telah dilakukan dengan bantuan robot menggunakan beberapa insisi kecil. Ianya tidak pasti pendekatan yang lebih baik.
Ciri-ciri kajian
Pengulas melakukan carian literatur yang komprehensif sehingga 1 Julai 2018. Pengulas menjumpai lima percubaan yang membandingkan pembedahan bantuan robotik berbanding terbuka. Jumlah peserta dalam ujian ini adalah 541. Empat kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat dan satu di United Kingdom.
Keptusan utama
Mungkin ada sedikit perbezaan dalam masa untuk berlaku perulangan, kadar komplikasi utama atau komplikasi kecil, kualiti hidup, dan kadar margin positif (menandakan bahawa kanser mungkin telah dipinggirkan). Pembedahan robotik mungkin menyebabkan transfusi darah yang lebih sedikit dan mungkin menjurus kepada tempoh masa tinggal di hospital yang lebih pendek bila dibandingkan dengan pembedahan terbuka.
Kepastian bukti
Pengulas menilai kepastian bukti sebagai rendah untuk kebanyakan hasil, kecuali komplikasi kecil (sangat rendah) dan transfusi (sederhana). Ini bermakna bahawa keputusan sebenar untuk hasil ini mungkin agak berbeza.
Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah Fakulti Perubatan, UiTM). DIsunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my