Soalan ulasan
Ulasan ini ditujukan untuk mengetahui sama ada orang berumur tahun 40 ke atas boleh mengekalkan kebolehan mental atau mengurangkan risiko demensia melalui pengambilan supplemen vitamin atau mineral.
Latar belakang
Terdapat minat yand luas terhadap apajua yang orang dapat melakukan untuk mengekalkan kesihatan mental apabila mereka lebih berumur, terutamanya untuk mengurangkan risiko demensia. Pelbagai supplemen vitamin dan mineral telah dicadangkan sebagai cara untuk melakukan hal ini. Vitamin dan mineral mempunyai banyak fungsi dalam badan dan cara ia mungkin berkesan ke atas kesihatan otak tidak berapa difahami. Oleh itu, kami berminat dalam keberkesanan vitamin atau mineral, secara tunggal atau kombinasi.
Apa yang telah kami lakukan
Kami mencari sehingga Januari 2018 untuk semua kajian yang menkaji kesan ke atas kognisi (fikiran dan ingatan), oleh apa-apa supplemen vitamin atau mineral dalam kalangan orang berumur 40 tahun ke atas atau lebih yang tidak mempunyai masalah kognitif semasa permulaan kajian. Kajian ini memasukan perbandingan kumpulan yang tidak mengambil supplemen yang dikaji, dan, untuk memastikan perbandingan yang adil, ia seharusnya ditentukan dengan rawak sama ada perserta mendapat supplemen atau tidak.
Apa yang kami temui
Kami mengumpulkan 28 kajian berasakan jenis supplement yang digunakan dan bagaimanakah ia berkesan.
Kebanyakan kajian asalnya bukan direkabentuk untuk mengkaji kognisi atau demensia dan hanya menggunkan ukuran kognisi yang asas. Hanya beberapa kajian menyiasat sama ada peserta mendapat demensia. Kajian jangka masa panjang mungkin diperlukan untuk mencari kesan terhadap risiko demensia atau kemerosotan kognitif tetapi haya 10 kajian mempunyai purata jangka perjumpaan susulan melebihi lima tahun. Kajian-kajian ini secara umumnya dijalankan dengan baik walaupun ujian yang lebih panjang mengalami kesulitan mengikuti semua peserta dan ini dapat menimbulkan bias terhadap beberapa hasil jangka panjang
Terdapat 14 ujian Vitamin B (asid folik, vitamin B6, vitamin B12) dengan hampir 28,000 peserta, terutamanya dalam usia 60-an dan 70-an. Kebanyakan ujuan ini agak pendek (kurang daripada 2 tahun). Kami menjumpai tiada bukti bahawa vitamin B mempunyai kesan terhadap kognisi.
Terdapat 8 ujian vitamin antioxidant (beta-karotin/Vitamin A, vitamin C, vitamin E) dengan lebih kurang 47,000 peserta. Kajian ini lebih bercenderung untuk dijalankan lebih lama daripada ujian vitamin B jadi mungkin lebih tinggi peluang untuk mengesan kesan terhadap demensia dan penurunan kognitif. Walaubagaimanapun, keputusan adalah bercampuran. Kami mendapati kepastian rendah mengenai fungsi kognitif keseluruhan yang lebih baik selepas purata 18 tahun mengambil beta-karotena dan selepas lima tahun hingga 10 tahun mengambil vitamin C, tetapi tiada kesan selepas tempoh rawatan yang lebih singkat. Terdapat juga sedikit faedah beta-karotena, vitamin C, dan kombinasi antioksidan terhadap ingatan pada sesetengah tempoh masa tetapi bukan masa yang lain. Tiada bukti tentang manfaat daripada Vitamin E sahaja. Dua Kajian mengkaji risiko mendapat demensia. Satu kajian mendapati tiada kesan gabungan vitamin antioksidan dan yang satu kajian yang lain mendapati tiada kesan vitamin E, sama ada bersendirian atau digabungkan dengan mineral selenium. Kebanyakkan kajian tidak melaporkan apa-apa maklumat berkenaan kesan buruk. Satu ujian yang dikaji mencari kesan terhadap risiko kanser prostat, it didapati risiko lebih tinggi dalam kalangan lelaki mengambil Vitamin E.
Terdapat ujian yang kecil mengenai supplemen Vitamin D, yang menjumpai bahawa ia tiada kesan terhadap kongisi selama 6 bulan. Terdapat kajian yang lebih panjang tentang vitamin D dan kalsium (1 ujian), zinc dan copper (1 ujian) dan multivitamin komplex (tiga ujian) . Semua dilangsungkan selama 5 hingga 10 tahun, tetapi tiada yang menjumpai apa-apa kesan yang memanfaatkan kognisi. Satu ujian menjumpai tiada kesan selenium yang diambil selama kira-kira lima tahun terhadap risiko mendapat demensia.
Kesimpulan
Kami menjumpai tiada bukti yang baik untuk mencadangkan supaya orang pertengahan umur atau lebih tua boleh mengekalkan fungsi kognisi atau mencegah demensia melalui pengambilan supplemen vitamin atau mineral. Terdapat beberapa keputusan positif dikaitkan dengan penggunaan vitamin antioksida pada jangka masa lama, terutamanya beta-karotena dan vitamin C, walaupun kesannya kecil. Penyelidikan yang lebih lanjut berkenaan kesan vitamin ini mungkin bernilai.
Diterjemahkan oleh Manisha Coran (RCSI-UCD Malaysian Campus). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi manisha@ms.pmc.edu.my