Radioterapi bidang tumor untuk wanita selepas pembedahan pemuliharaan payudara

Apakah isunya?

Kanser payudara adalah kanser yang paling lazim dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Dua strategi rawatan utama adalah sama ada terapi pemuliharaan payudara atau mastektomi. Untuk mengurangkan risiko perulangan dan memperbaiki kadar survival, penjagaan piawai melibatkan radioterapi adjuvan (rawatan dengan sinaran pengion) selepas pembedahan pemuliharaan payudara. Radioterapi adjuvan terdiri terutamanya dari empat hingga lima minggu penyinaran seluruh payudara diikuti oleh dos tambahan 'penggalak'untuk bidang tumor kerana kanser payudara cenderung untuk kembali ke kawasan yang sama di mana ia dikeluarkan. Selain mengekalkan payudara dan mencapai kawalan kanser payudara, penampilan fizikal yang memuaskan ("cosmesis") adalah penting dalam terapi pemuliharaan payudara.

Mengapa ia penting?

Garis panduan untuk penggunaan penggalak bidang tumor sering tidak jelas. Walaupun boleh dilakukan secara teknikal untuk merawat semua wanita dengan penggalak bidang tumor setelah penyinaran seluruh payudara, ia tetap tidak jelas sama ada ini diperlukan atau sama ada ia boleh membahayakan daripada memberi kebaikan. Kesan penambahan dos penggalak ke atas bidang tumor adalah "cosmesis" yang lemah, serta kos rawatan yang lebih tinggi dan peningkatan masa rawatan.

Kami bertanya sama ada tidak memberikan dos penggalak bidang tumor selepas penyinaran seluruh payudara dan pembedahan pemuliharaan payudara adalah sama seperti memberikan dos penggalak. Tidak memberi dos penggalak bidang tumor memerlukan kawalan kanser yang sama berbanding memberi dos penggalak ke atas bidang tumor. Adalah penting bahawa tidak memberi dos penggalak bidang tumor menyebabkan kurang kesan sampingan berbanding memberi dos penggalak bidang tumor.

Kami mendapati 5 kajian melibatkan sejumlah 8325 wanita. Bukti adalah terkini hingga 1 Mac 2017. Perulangan setempat adalah kurang kerap dengan dos penggalak bidang tumor (bukti berkualiti rendah). Tiada bukti perbezaan bebas penyakit atau survival kehidupan keseluruhan dengan atau tanpa pemberian dos penggalak bidang tumor (bukti berkualiti rendah dan sederhana). "Cosmesis" yang diskor oleh panel kelihatan lebih teruk lagi untuk kumpulan yang diberi penggalak bidang tumor (bukti berkualiti rendah). Tiada perbezaan skor "cosmesis" oleh doktor atau peratusan retraksi payudara.

Ini bermakna dos penggalak ke atas bidang tumor meningkatkan kadar kawalan setempat berbanding "cosmesis" yang mungkin lebih teruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information