Rehat di katil untuk merawat kudis tekanan (kudis katil) dalam kalangan pengguna kerusi roda

Latar belakang

Kudis tekanan (juga dikenali sebagai kudis katil) adalah luka yang berlaku pada kulit atau tisu-tisu dibawanya akibat tekanan yang tidak dilegakan pada tulang, titik penahan berat badan, seperti pinggul, tumit atau bahagian bawah punggung. Orang yang berisiko termasuk mereka yang kekurangan mobiliti. Oleh itu, pengguna kerusi roda berisiko kerana mereka kekal duduk untuk tempoh yang lama. Kudis tekanan boleh menjadi sukar untuk sembuh dan lebih senang terdedah kepada jangkitan dan komplikasi lain. Apabila luka ini berlaku pada pengguna kerusi roda, rehat atas katil dianggap penting untuk melegakan tekanan pada bahagian badan yang menanggung berat dalam posisi duduk. Perubahan dari posisi duduk kepada baring dianggap dapat meningkatkan penyembuhan luka.

Soalan ulasan

Kami ingin mengetahui kesan rehat atas katil terhadap penyembuhan kudis tekanan dalam kalangan orang terkurung kepada kerusi roda. Kajian yang layak boleh melibatkan pengguna kerusi roda pada pelbagai umur dengan kudis tekanan dalam semua setting (hospital, rumah jagaan, rumah orang sendiri dan lain-lain).

Apakah yang kami temui

Pada Oktober 2016, kami mencari secara meluas literasi perubatan untuk kajian rawak terkawal yang membandingkan rehat di katil dengan tanpa rehat untuk penyembuhan kudis tekanan pada pengguna kerusi roda. Kami tidak menemui sebarang kajian yang telah dijalankan di kawasan ini. Ini bermakna kami tidak boleh mengatakan bahawa rehat di katil meningkatkan penyembuhan kudis tekanan pada pengguna kerusi roda, atau apakah kemudaratan dan faedah rawatan ini. Kajian diperlukan yang membandingkan penyembuhan kudis tekanan dengan dan tanpa rehat di katil dalam kalangan pengguna kerusi roda.

Ringkasan bahasa biasa ini dikemas kini sehingga Oktober 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information