Adakah peralatan dapat meramal apa yang akan berlaku kepada orang dewasa dengan leukemia limfositik kronik (CLL) yang baru didiagnosis dari masa ke masa?

Apakah matlamat ulasan ini?

Terdapat banyak jenis kanser darah yang dipanggil leukemia. Leukemia limfositik kronik (CLL) adalah jenis yang paling lazim. Dua puluh lima peratus orang dengan leukemia mempunyai CLL. Biasanya orang yang baru didiagnosis dengan CLL dan keluarga mereka ingin tahu apa yang akan berlaku kepada kesihatan mereka dimasa depan. Mereka mungkin tertanya-tanya jika atau bila mereka memerlukan rawatan, jika atau bila penyakit mereka akan menjadi teruk atau berapa lama orang boleh hidup dengan CLL.

Para penyelidik mengenal pasti beberapa ciri-ciri yang berkaitan dengan hasil-hasil ini. Dari ciri-ciri tersebut, peralatan cuba direka benttuk untuk membantu meramal apa yang mungkin berlaku kepada kumpulan orang dengan CLL yang baru didiagnosis.

Matlamat Ulasan Cochrane ini ialah untuk menilai dan meringkaskan alat-alat tersebut dan kajian-kajian yang menguji peralatan dengan data pesakit lain.

Apakah mesej utama ulasan ini?

Para pengulas mendapati tiada cara yang boleh dipercayai untuk meramal apa yang mungkin berlaku kepada orang dengan CLL (tidak dirawat). Satu sebab adalah kerana alat ramalan tidak diuji secukupnya dengan pelbagai orang untuk mengetahui berapa baik ia berfungsi.

Sebab lain adalah para penyelidik terus mengembangkan pilihan rawatan CLL yang lebih berkesan dengan keputusan yang lebih baik, dan alat ramalan tidak berkembang seimbang dengan kemajuan-kemajuan rawatan.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kami mengenal pasti 52 alat yang direka untuk meramal apa yang mungkin berlaku kepada orang yang baru didiagnosis dengan CLL. Untuk mencari alat terbaik, kami perlu memilih kajian-kajian dengan teliti. Bagi mengaplikasi alat-alat ini dalam amalan klinikal:

- alat perlu diuji oleh penyelidik yang berbeza untuk meramal apa yang mungkin berlaku kepada individu dengan CLL di lokasi geografi yang berlainan menggunakan pelbagai kumpulan orang dengan CLL (iaitu usia, jantina, tahap). Dengan lain perkataan, kami tidak menyertakan sesuatu alat jika ia hanya menguji orang yang menyediakan data untuk membuatnya;

- keputusan peralatan perlu konsisten untuk membuktikan ia berfungsi;

- ujian-ujian peralatan perlu menyediakan cukup maklumat untuk menunjukkan berapa baik peralatan berfungsi. Sebagai contoh, ujian-ujian perlu menyertakan kumpulan orang yang besar dan maklumat yang cukup tentang jenis CLL.

Kami menemui tiga peralatan yang memenuhi keperluan: Indeks Prognostik CLL Antarabangsa (CLL-IPI), skor Barcelona-Brno, dan skor indeks MDACC 2007.

CLL-IPI terbaik dalam mengenal pasti orang dengan CCL yang akan hidup lebih lama atau kurang lama. Walau bagaimanapun, kami menilai kualiti kajian CLL-IPI sebagai rendah kerana mereka tidak menyediakan semua maklumat yang perlu untuk mengetahui ketepatan peralatan. Skor Barcelona-Brno dan skor indeks MDACC 2007, diuji terhadap jumlah keseluruhan pesakit yang lebih kecil, menunjukkan diskriminasi lebih rendah di antara orang dengan prognosis baik dengan prognosis buruk, dan juga kualiti kajian-kajian adalah rendah.

Kesimpulan

Lebih banyak penyelidikan yang lebih baik diperlukan untuk mengembangkan dan menguji peralatan bagi membantu meramal bagaimana CLL akan bertindak untuk pelbagai kumpulan orang dari masa ke masa. Alat-alat tersebut juga mesti disesuaikan untuk meramal dengan tepat prestasi rawatan baru.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information