Demensia (termasuk Penyakit Alzheimer) adalah satu kebimbangan kesihatan global. Terdapat kira-kira 24 juta orang di seluruh dunia menghidapi demensia, dan ini dijangka akan meningkat kepada 81 juta pada tahun 2040. Demensia adalah satu keadaan yang beransur secara perlahan-lahan, dan orang-orang yang menghidap demensia mungkin mengalami penurunan secara beransur-ansur dalam lapan hingga sepuluh tahun. Ubat-ubatan yang diberi apabila seseorang mempunyai demensia ringan mungkin tidak lagi sesuai apabila demensia menjadi lebih serius. Statin dipreskripsi untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah; dalam kebanyakan kes, statin membantu mencegah serangan jantung atau strok, tetapi faedah-faedah statin hanya akan muncul selepas digunakan selama beberapa bulan atau tahun. Statin mempunyai kesan-kesan sampingan yang telah diketahui, seperti sakit otot, dan ia tidak diketahui jika faedah ubat-ubatan ini melebihi risiko dalam pesakit yang mempunyai demensia yang serius.
Ciri-ciri kajian
Kami mencari beberapa pangkalan data perubatan pada 11 Februari 2016 untuk mencari kajian-kajian klinikal yang membandingkan penerusan penggunaan statin dan penghentian statin, dalam orang-orang dengan demensia.
Keputusan utama
Kami mendapati tiada kajian yang sesuai untuk ulasan kami. Ini menyerlahkan keperluan penyelidikan berkualiti tinggi yang selanjutnya dalam topik ini.
Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College) . Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my