Pendidikan dan latihan untuk mencegah kecederaan tajam dan pendedahan percikan pada pekerja kesihatan

Apakah matlamat ulasan ini?

Pekerja penjagaan kesihatan (HCW) berisiko mengalami kecederaan tajam atau terkena percikan darah atau cairan tubuh lain ketika memberikan rawatan kepada pesakit mereka, yang menyebabkan mereka berisiko terkena penyakit berjangkit. Ulasan ini adalah sebahagian daripada siri penyelidikan intervensi untuk pencegahan kecederaan tersebut, lebih khusus lagi, keberkesanan intervensi pendidikan dan latihan dalam mengurangkan kejadian kecederaan ini. Kami secara menyeluruh mencari beberapa pangkalan data untuk mencari kajian rawak dan bukan rawak yang menggunakan intervensi pendidikan untuk mencegah pendedahan tajam dan percikan.

Mesej utama

Kami menjumpai bukti berkualiti rendah hingga sangat rendah bahawa pendidikan dan latihan dapat mencegah kecederaan tajam pada HCWs hingga 12 bulan susulan. Penyelidikan masa akan datang yang menggunakan reka bentuk kajian rawak berkualiti tinggi diperlukan untuk menyelidiki lebih lanjut kesan pendidikan dan latihan terhadap kejadian kecederaan tajam dan pendedahan percikan pada HCW.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Sebanyak tujuh kajian dimasukkan dalam tinjauan ini; satu kluster-RCT, tiga ujian klinikal terkawal dan tiga siri masa terganggu. Semua kajian dimasukkan kecuali dua menggunakan gabungan presentasi pendidikan, demonstrasi interaktif, dan alat pemasaran. Risiko berat sebelah adalah tinggi dalam kesemua tujuh kajian tersebut. Hanya satu kajian yang baru diterbitkan yang menggunakan reka bentuk kajian pilihan percubaan rawak kelompok.

Apakah keputusan utama kajian ini?

Intervensi pendidikan dan latihan untuk HCW boleh menyebabkan pengurangan kecil dalam kadar kecederaan tajam. Pendidikan boleh membuat peningkatan jangka pendek dalam pengetahuan dan tingkah laku yang berkaitan dengan kecederaan tajam.

Sejauh mana ulasan ini dikemas kini?

Pencarian dilakukan hingga April 2020.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information