Satu gambaran keseluruhan ulasan Cochrane tentang transfusi sel darah merah untuk merawat atau mencegah komplikasi berkait dengan penyakit sel sabit

Ulasan soalan

Untuk meringkaskan bukti dalam ulasan Cochrane tentang keberkesanan dan keselamatan transfusi sel darah merah (RBC) untuk merawat atau mencegah komplikasi yang dihadapi oleh orang dengan penyakit sel sabit (SCD).

Latar belakang

SCD adalah penyakit keturunan yang serius di mana sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan, terbentuk secara tidak normal. Sel darah merah yang normal adalah fleksibel dan berbentuk cakera tetapi dalam SCD, ia menjadi keras dan berbentuk bulan sabit. Sel sabit bukan sahaja kurang fleksibel berbanding sel-sel darah merah yang sihat, malah mereka juga lebih melekit. ini menyebabkan salur-salur darah tersumbat, mengakibatkan kerosakan tisu dan organ dan episod kesakitan yang teruk. RBC yang tidak normal lebih rapuh dan berpecah, yang menyebabkan lebih kurang daripada mereka, dikenali sebagai anemia.

Ciri-ciri ulasan

Kami mencari ulasan Cochrane yang menganalisi data dari kajian terkawal rawak (RCT; experimen yang memperuntuk peserta kepada satu dari dua atau lebih kumpulan rawatan), yang melihat kepada keberkesanan transfusi RBC untuk mencegah atau merawat komplikasi SCD. Ulasan ini meringkaskan keputusan dari ulasan-ulasan ini.

Keputusan Utama

Terdapat 15 kajian yang menepati kriteria penglibatan dalam ulasan ini. Akan tetapi, hanya 4 ulasan (yang merangkum 9 RCTs dan 1052 peserta) yang melihat kepada kesan transfusi RBC dan mempunyai keputusan yang boleh dilaporkan. Dalam 4 ulasan, tidak terdapat perbezaan dalam risiko kematian dalam sebarang perbandingan. Kami mendapati transfusi jangka panjang RBC, berbanding penjagaan standard, mungkin mengurangkan risiko strok pada kanak-kanak dan remaja dengan risiko tinggi strok (ultrasound doppler transcranial (TCD) yang tidak normal (aliran darah tinggi ke otak) atau strok senyap terdahulu (strok yang tanpa gejala luar dan di mana seseorang tidak menyedari mereka mengalami strok) dan mungkin mengurangkan risiko krisis yang menyakitkan dan sindrom dada akut. Transfusi sel darah merah boleh juga mengurangkan risiko strok senyap pada kanak-kanak dengan ultrasound TCD tidak normal bila dibandingkan dengan penjagaan standard.

Kami mendapati terdapat kekurangan bukti untuk merawat orang dewasa dengan komplikasi berkait SCD dan bahawa hasil penting, termasuk kualiti hidup sering tidak diukur atau dilaporkan.

Kualiti ulasan dan bukti dalam ulasan

Kesemua ulasan yang dirangkumkan dalam ulasan ini adalah berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian Cochrane untuk tinjuan sistematik.

Akan tetapi, kualiti kajian yang dirangkumkan dalam ulasan adalah bervariasi dan ini berkait dengan hasil ukuran. Kualiti bukti dalam kajian diturunkan kerana ujian mempunyai risiko berat sebelah yang tinggi, hasilnya tidak tepat dan kebanyakan bukti hanya digunakan untuk kanak-kanak dengan penyakit HbSS.

Orang dengan SCD dapat hidup lebih lama dan kami memerlukan lebih banyak bukti yang berkualiti tinggi untuk merawat orang dewasa dengan SCD; dan juga pilihan rawatan yang terbaik, termasuk peranan transfusi RBC untuk merawat komplikasi SCD. Kami juga perlu memperbaiki dan menyeragamkan laporan hasil ukuran merentasi kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information