Ubat-ubatan untuk merawat ulser Buruli (penyakit Mycobacterium ulcerans)

Apakah tujuan ulasan ini?

Tujuan kajian Cochrane ini adalah untuk meringkaskan bukti rawatan ubat untuk ulser Buruli.

Mesej-mesej utama

Antibiotik adalah komponen penting rawatan ulser Buruli, tetapi tidak ada bukti untuk mencadangkan bahawa mana-mana ubat tertentu adalah lebih berkesan daripada yang lain.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Ulser buruli adalah penyakit yang disebabkan oleh mycobacterium (batuk kering dan kusta adalah jenis penyakit lain yang disebabkan oleh mycobacterium), yang mengakibatkan ketulan pada kulit dan ulser yang mendalam, selalunya dilengan atau muka. Apabila didiagnosis lewat, mereka yang terjejas boleh ditinggalkan dengan kecacatan dan kurang upaya sepanjang hayat. Penyakit ini paling berleluasa di Afrika Barat, tetapi ia juga ditemui di kawasan bukan tropika termasuk Australia dan Jepun. Ia sering dirawat dengan ubat-ubatan dan pembedahan. Ulasan ini membandingkan rawatan ubat yang berbeza untuk ulser Buruli.

Apakah keputusan utama ulasan ini?

Kami termasuk 18 kajian dari lapan negara di Afrika Barat dan Australia (1984 peserta). Rawatan gabungan antibiotik yang dinilai kelihatan berkesan, tetapi bukti tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa mana-mana ubat tertentu adalah lebih berkesan daripada yang lain.

Mengkaji rawatan dalam ulser Buruli adalah mencabar kerana saiz, lesi dan tahap yang berbeza penyakit menyumbang kepada kadar penyembuhan. Pembedahan juga memainkan peranan penting dalam merawat ulser Buruli, dan oleh itu kesan bebas ubat-ubatan adalah sukar untuk dinilai. Kajian regimen baru yang juga menangani faktor ini akan membantu untuk mengenalpasti regimens terbaik.

Adakah ulasan ini terkini?

Kami mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga December 19 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Dr Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information