Soalan ulasan
Ulasan ini bertujuan untuk mengetahui jenis rawatan yang terbaik untuk mencegah potensi angin ahmar dan pembekuan darah (trombotik) yang lain, kepada pesakit dengan sindrom antiphospholipid (APS).
Latar belakang
APS adalah penyakit di mana sistem imun tubuh menghasilkan antibodi terhadap sel-sel orang itu sendiri. Kemunculan antibodi tersebut akan meningkatkan risiko terbentuk pembekuan darah (trombosis) pada saluran darah (vena atau arteri, atau kedua-duanya) dan boleh menyebabkan komplikasi yang berkaitan dengan kehamilan seperti keguguran. Pembekuan darah di arteri boleh menyebabkan strok. Dua jenis ubat biasanya digunakan untuk mencegah pembekuan darah pada orang dengan APS: antikoagulan seperti warfarin (yang mengganggu protein yang membentuk pembekuan darah) dan ubat antiplatelet seperti aspirin (yang mencegah sel yang disebut platelet daripada saling melekat).
Ciri-ciri kajian
Bukti adalah terkini sehingga 22 November 2019. Penyelidik mencari kajian secara rawak memperuntukkan orang dengan APS untuk rawatan yang berbeza, termasuk ubat antikoagulan, antiplatelet, atau kedua-duanya. Kami mengenal pasti lapan kajian yang melibatkan 811 peserta, dengan purata usia antara 36 dan 50 tahun. Tiga kajian membandingkan rivaroxaban (antikoagulan oral baru) dengan warfarin dos standard (antagonis vitamin K - VKA). Dua kajian membandingkan dua intensiti antikoagulasi VKA: tinggi berbanding standard. Satu kajian membandingkan VKA dos standard ditambah aspirin berbanding VKA dos standard sahaja. Kajian selebihnya membandingkan pelbagai kombinasi antikoagulan atau ubat antiplatelet (seperti aspirin). Satu kajian membandingkan ubat antiplatelet berganda berbanding ubat antiplatelet tunggal. Intervensi berlangsung dari 180 hari hingga median 58.4 bulan.
Keputusan utama
Dalam tiga kajian yang membandingkan rivaroxaban (NOAC) dengan VKA dos standard, terdapat sebilangan peserta yang serupa dengan pembekuan darah, pendarahan, atau kematian (bukti kepastian sederhana), tetapi terdapat lebih banyak peserta dengan strok dalam kumpulan NOAC daripada kumpulan VKA (bukti kepastian sederhana). Dalam dua kajian yang membandingkan dos tinggi berbanding VKA dos biasa, bahagian peserta yang serupa mengalami pembekuan darah dan masalah pendarahan utama (bukti kepastian rendah), tetapi peserta dalam kumpulan dos tinggi mempunyai risiko pendarahan kecil dan sebarang masalah pendarahan (bukti kepastian rendah). Kajian yang membandingkan VKA standard dan ubat antiplatelet dengan VKA dos standard yang diperhati lebih ramai peserta dengan sebarang kejadian tromboemboli dengan rawatan gabungan (bukti kepastian rendah) dan perkadaran peserta yang serupa untuk hasil lain (bukti kepastian sangat rendah hingga rendah).
Kajian selebihnya yang membandingkan pelbagai kombinasi ubat antiplatelet dan / atau VKA adalah tidak meyakinkan mengenai faedah atau bahaya (bukti kepastian rendah atau sangat rendah).
Kami mengenal pasti dua kajian yang sedang dijalankan dan tiga kajian sedang menunggu klasifikasi.
Kepastian bukti
Kebanyakkan keputusan adalah tidak tepat dan tidak secara jelas menunjukkan faedah atau bahaya.
Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.