Heparin untuk rawatan neonat dengan trombosis (pembentukan bekuan darah)

Soalan kajian: Untuk bayi yang baru lahir dengan bukti trombosis (pembentukan darah beku), adakah pemberian heparin meningkatkan kemandirian dan hasil lain yang penting?

Latar belakang: Di antara pesakit kanak-kanak, bayi yang baru lahir paling berisiko mengalami trombosis disebabkan oleh perbezaan dalam sistem hemostatik neonatal (sistem yang membantu pendarahan berhenti).Pembentukan darah beku yang abnormal mungkin bermula dalam arteri (darah yang mengalir dari jantung) atau dalam vena (darah yang mengalir ke jantung).Pelbagai strategi pengurusan telah diterangkan, dari "tunggu dan lihat" kepada pengendalian aktif yang bertujuan menghancurkan klot (fibrinolitik) dan pencegahan pembentukan klot (antikoagulan).Kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat pengurusan aktif termasuklah pendarahan sekunder.Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, trombosis boleh menjadi satu peristiwa yang mengancam nyawa dan memerlukan pengurusan aktif.Walaupun bukti terhad tentang rawatan antikoagulan pada neonat, heparin telah menjadi satu terapi standard.Cadangan semasa dan rejimen dos untuk rawatan antikoagulan adalah berdasarkan kepada kajian yang tidak terkawal dan diubahsuaikan daripada data yang diperolehi daripada laporan mengenai pesakit dewasa dan kanak-kanak.Bukti adalah terkini sehinggi Mei 2016.

Ciri-ciri kajian dan keputusan: Kami tidak melibatkan sebarang kajian dalam rumusan ini, dan kami tidak mengenalpasti kajian yang sedang berlangsung.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).

Tools
Information