Strategi-strategi untuk membantu orang menghidap asma untuk mengambil penyedut steroid mereka seperti ditetapkan

Latar belakang kepada soalan

Penyedut yang mengandungi steroid memulihkan gejala-gejala yang berkaitan dengan asma dan mengurangkan serangan asma apabila diambil secara tetap. Tetapi ramai orang yang menghidap asma tidak menggunakannya seperti yang telah ditetapkan. Ini membawa kepada simptom yang berlebihan dan serangan asma, yang telah dikaitkan dengan satu pertiga daripada kematian asma di UK.

Kelepasan dos kadang-kadang dipanggil 'tiada pematuhan'. Sebab-sebab untuk kelepasan dos berbeza dari seorang ke seorang. Sebagai contohnya, orang sering lupa untuk mengambil penyedut mereka atau mempunyai kehidupan yang sibuk dan tidak dapat diramalkan yang menjadikannya sukar untuk menyelitkan ini dalam kehidupan mereka. Sesetengah orang tidak menghargai keperluan mengambil penyedut mengikut yang ditetapkan. Sesetengah orang memilih untuk mengurangkan atau berhenti mengambil steroid. Ini boleh berlaku kerana banyak sebab, termasuk kesan-kesan sampingan, ketakutan kesan-kesan sampingan atau tanggapan bahawa faedah tidak melebihi keburukan.

Tujuan ulasan ini ialah mengetahui sama ada strategi untuk membantu penghidap asma mengambil penyedut steroid mereka benar-benar berkesan, dan sama ada peningkatan kepatuhan membawa kepada faedah-faedah lain.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 39 kajian yang melibatkan lebih daripada 16,000 orang dewasa dan kanak-kanak yang menghidap asma yang telah mengambil penyedut steroid. Kebanyakan kajian mengumpulkan data pada enam bulan, oleh itu kami cuma boleh menggunakan mesej dalam ulasan ini hanya dalam masa enam bulan - kami tidak boleh mengatakan sama ada kaedah-kaedah ini berkesan untuk tempoh beberapa tahun, sebagai contohnya. Kami mencari pelbagai sumber untuk kajian-kajian yang berkaitan. Ulasan ini adalah semasa sehingga November 2016.

Pelbagai kajian mencuba pelbagai cara untuk membantu orang-orang mengambil penyedut mereka dengan lebih tetap. Kami mengumpulkan kajian-kajian mengikut empat cara untuk membantu orang-orang mengambil penyedut mereka: menyediakan pendidikan mengenai pematuhan (20 kajian); menggunakan pengawasan elektronik atau peringatan untuk mengambil alat sedut (11 kajian); membuat lebih mudah untuk mengambil ubat (cth: sekali berbanding dua kali sehari, satu penyedut berbanding dua) (empat kajian); dan memberi penyedut semasa waktu persekolahan (tiga kajian).

Terutamanya kami mencari sama ada strategi tersebut membantu orang untuk mengambil penyedut mereka seperti yang ditetapkan, dan sama ada orang mengalami kurang serangan asma dan kawalan asma yang lebih baik.

Hasil utama

Orang yang diberi pendidikan mengambil penyedut mereka dengan lebih baik daripada kumpulan kawalan; 20% lebih orang mengambil rawatan mereka (mungkin di antara 8% dan 33% lebih). Mereka yang diberi pengesan atau peringatan elektronik adalah 19% lebih baik dalam penggunaan penyedut mereka daripada kumpulan kawalan (14% dan 25%). Orang yang diberi cara yang lebih mudah untuk mengambil penyedut mereka (cth. bilangan sedutan yang kurang sehari) hanya 4% lebih baik daripada mereka yang melakukan seperti biasa (2% dan 6%).

Malangnya, usaha-usaha ini untuk membantu orang-orang yang mengambil penyedut mereka seperti yang telah ditetapkan secara amnya tidak membawa manfaat yang jelas untuk perkara-perkara seperti kawalan asma dan jumlah serangan, tetapi dalam kebanyakan kes, kami tidak dapat ketahui. Kami juga tidak melihat perbezaan untuk kualiti hidup atau masa yang diperlukan dari kehadiran sekolah atau kerja, tetapi bukti-bukti ini sering tidak menentu.

Kajian-kajian yang menyiasat manfaat memberi kanak-kanak penyedut mereka sepanjang waktu persekolahan tidak benar-benar mengukur berapa kerap mereka terlepas dos.

Kualiti bukti

Adalah sukar untuk memberitahu sama ada strategi yang berbeza ini adalah bernilai untuk digunakan kerana kajian-kajian agak berbeza antara satu lain. Perbezaan ini bermakna kami tidak boleh memastikan apakah manfaat yang sebenarnya, dan seterusnya meningkatkan pematuhan. Kadang-kadang kita tidak dapat mencari kajian yang mencukupi untuk mengesan perbezaan di antara kumpulan. Hakikat bahawa kebanyakan orang tahu dalam kumpulan mana mereka berada juga mengurangkan keyakinan kami dalam penemuan kerana ini boleh menjejaskan perkara-perkara seperti betapa positif respon orang yang menjawab soal selidik. Kami mempunyai kebimbangan tentang berapa ramainya orang yang telah berhenti daripada kira-kira setengah kajian, dan kami tidak pasti sama ada kajian melaporkan segala-galanya yang mereka diukur.

Mesej utama

Kajian-kajian yang kami dapati mencadangkan pelbagai strategi yang boleh membantu orang yang menghidap asma mengambil penyedut mereka dengan lebih baik, berbanding dengan "kawalan" (cth: penjagaan asma biasa). Walau bagaimanapun, kajian-kajian ini yang agak berbeza antara satu sama lain, dan kami tidak tertentu sama ada orang akan mendapati bahawa asma mereka bertambah baik hasil daripada pendekatan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@edu.my.

Tools
Information