Pendidikan ahli-ahli keluarga bagi menyokong permulaan makanan pepejal dan nutrisi di kalangan bayi yang dilahirkan pramatang

Soalan ulasan

Kami ingin menentukan samada memberi pendidikan kepada ahli-ahli keluarga mengenai permulaan makanan pepejal bayi pramatang dapat menambahbaik pembesaran dan perkembangan mereka. Kami mendefinisikan bayi pramatang sebagai bayi yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu usia kandungan ( 3 minggu atau lebih sebelum tarikh yang dijangka).

Latarbelakang

Penyapihan bererti pengenalan makanan pepejal kepada bayi untuk melengkapkan pengambilan susu mereka. Penyapihan merupakan tempoh masa penting bagi pembesaran bayi-bayi pramatang. Mereka lazimnya lebih kecil dari jangkaan untuk umur mereka pada ketika ini. Disebabkan perkara ini maka pemakanan yang baik semasa penyapihan dapat menambahbaik pembesaran dan perkembangan otak mereka, disamping mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular di masa depan. Pendidikan pemakanan kepada ahli-ahli keluarga mungkin diperlukan untuk mencapai amalan pemakanan yang baik semasa penyapihan.

Apa yang kami temui

Kami mengkaji bukti yang ada sehingga 26 Jun 2018. Tiada kajian yang boleh dimasukkan ke dalam ulasan ini. Ketiadaan kajian yang layak dalam ulasan ini kemungkinannya disebabkan oleh bukti yang terpencil dalam mengenalpasti strategi penyapihan yang ideal bagi bayi-bayi pramatang. Kami menemui dua kajian yang mengkaji penentuan masa ideal untuk penyapihan dalam bayi-bayi pramatang. Bagaimanapun, keputusan-keputusannya didapati bercanggah.

Apakah maksudnya?

Oleh kerana tidak ada kajian yang layak, impak pendidikan pemakanan dalam penyapihan bayi-bayi pramatang tidak diketahui.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information