Pencahayaan tempat kerja untuk meningkatkan kewaspadaan dan mood pada pekerja siang hari

Apakah matlamat ulasan ini?

Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui sama ada jenis lampu tertentu boleh mengubah tahap kewaspadaan dan keadaan mood pada pekerja siang hari.

Kami mengumpul dan menganalisis lima kajian yang membincangkan soalan ini.

Mesej-mesej utama

Cahaya putih sejuk, secara teknikal dikenali sebagai cahaya suhu berkaris tinggi, boleh meningkatkan kewaspadaan, tetapi bukan mood, pada pekerja siang hari. Cahaya putih sejuk juga boleh menyebabkan kerengsaan yang kurang, ketidakselesaan mata dan sakit kepala . Mengubah perkadaran cahaya langsung dan tidak langsung di tempat kerja mungkin tidak menjejaskan kewaspadaan atau mood. Kacamata dengan LED dipasang (yang bermaksud cahaya diod memancarkan cahaya) yang memberikan cahaya yang diperkayakan dengan biru dapat meningkatkan kewaspadaan dan mood para pekerja. Pendedahan peribadi kepada cahaya terang pada siang hari meningkatkan kewaspadaan dan mood serta pendedahan peribadi kepada cahaya terang pada waktu pagi pada orang yang menunjukkan gejala yang tidak teruk untuk diagnosis kemurungan musiman. Semua penemuan adalah berdasarkan bukti berkualiti rendah atau sangat rendah, oleh itu, kajian tambahan masih diperlukan.

Apa yang dikaji dalam ulasan ini?

Cahaya adalah penting dalam banyak fungsi biologi, seperti pengawalan tidur, dan ia boleh mempengaruhi keadaan mood seseorang dan tahap kewaspadaan. Pekerja siang hari yang menghabiskan sebahagian besar masa di dalam rumah mungkin terdedah kepada tahap cahaya yang rendah pada siang hari. Ini boleh mengakibatkan tahap kewaspadaan yang rendah dan gangguan mood.

Kami menganalisis data dari kajian yang menyiasat kesan dari sebarang jenis pencahayaan pada kewaspadaan dan mood pada pekerja siang hari yang melakukan kerja di dalam rumah. Jenis pencahayaan yang berlainan termasuk cahaya putih yang sejuk berbanding dengan cahaya hangat, tahap cahaya intensiti yang berbeza, cahaya yang digunakan secara individu atau pendedahan kepada siang hari.

Apakah keputusan utama ulasan?

Kami melibatkan lima kajian, dengan 282 peserta. Peserta adalah pekerja pejabat dan hospital. Dua kajian menyiasat kesan cahaya putih sejuk dan satu kajian yang memberi tumpuan kepada sumber cahaya tidak langsung. Dua kajian menyiasat kesan cahaya yang diberikan secara individu menggunakan gelas khas atau kotak cahaya (kotak rata dengan sisi kaca lut sinar atau plastik yang mengandungi cahaya).

Cahaya putih yang sejuk boleh meningkatkan kewaspadaan, tetapi tidak pada mood, dan ia boleh menyebabkan kurang keresahan, rasa tidak selesa dan sakit kepala. Penemuan ini berdasarkan dua kajian yang ditaja oleh industri.

Mengubah perkadaran cahaya langsung dan tidak langsung di tempat kerja mungkin tidak menjejaskan kewaspadaan atau mood.

Cahaya diperkayakan biru yang disediakan menggunakan kacamata dengan LED yang dipasang dapat meningkatkan kewaspadaan dan mood.

Pendedahan individu terhadap cahaya terang menggunakan kotak cahaya pada siang hari dapat meningkatkan kewaspadaan dan mood serta pendedahan individu kepada cahaya terang pada waktu pagi pada orang yang menunjukkan gejala yang tidak cukup parah untuk diagnosis kemurungan musiman.

Semua penemuan berdasarkan pada kualiti bukti rendah atau sangat rendah (kerana bilangan kajian dan peserta kecil, dan masalah cara kajian dilakukan), oleh itu, kajian tambahan masih diperlukan.

Kami mendapati tiada kajian yang menyiasat kesan: keamatan cahaya, cahaya keamatan yang digabungkan dengan warna cahaya, atau pendedahan kepada cahaya matahari.

Adakah ulasan ini terkini?

Kami mencari kajian sehingga 17 Januari 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia).. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information