Terapi tambahan clonazepam untuk epilepsi rintang ubat pada orang dewasa dan kanak-kanak

Soalan ulasan
Ulasan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan toleransi clonazepam apabila digunakan sebagai terapi tambahan untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan serangan fokus tahan ubat serangan epilepsi awal apabila dibandingkan dengan plasebo atau agen antiepileptik yang lain.

Latar belakang
Epilepsi menjejaskan kira-kira 70 juta orang di seluruh dunia, dan hampir seperempat pesakit dengan sawan mempunyai epilepsi yang tahan terhadap ubat. Clonazepam adalah salah satu ubat 1,4-benzodiazepine yang biasanya digunakan dalam pengurusan epilepsi, dan disyorkan untuk rawatan tambahan barisan kedua untuk pelbagai jenis sawan. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa clonazepam berkesan berbanding dengan plasebo apabila digunakan sebagai tambahan kepada ubat sedia ada untuk orang dengan tindak balas yang tidak mencukupi terhadap rawatan antiepileptik konvensional.

Kaedah ulasan
Kami mencari pangkalan data berbeza yang mengandungi kedua-dua keputusan kajian perubatan yang telah diterbit dan belum diterbit. Kami merancang untuk memasukkan hanya kajian rawak terkawal (iaitu kajian yang mana peserta diperuntukkan secara rawak untuk satu atau lebih rawatan), yang dianggap sebagai piawai bagi kajian eksperimen dalam kesusasteraan penyelidikan. Dua penulis ulasan merancang untuk memilih secara berasingan kajian bagi penyertaan, mengekstrak data yang relevan, dan menilai kualiti kajian.

Keputusan utama
Kami tidak menemui kajian terkawal rawak-buta yang menganggap clonazepam sebagai terapi tambahan untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan serangan epilepsi serangan focus atau umum sehingga keberkesanan dan toleransinya tidak dapat dianalisis dalam ulasan ini. Terdapat keperluan untuk kajian terkawal rawak double blind clonazepam sebagai terapi tambahan untuk epilepsi rintang ubat.

Bukti adalah terkini sehingga Jun 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information