Latar belakang kepada soalan
Kebanyakan ubat asma diambil melalui alat sedutan yang melonggokkan ubat terus ke dalam paru-paru. Adalah penting ubat sedutan diambil dengan betul agar pesakit mendapat manfaat penuh. Jika diambil dengan betul, ubat-ubat asma boleh memperbaiki gejala dan mengurangkan serangan.
Ramai orang tidak menggunakan peranti mereka dengan betul. Ini bermakna ubat tidak disampaikan dengan betul ke dalam paru-paru, dan hasilnya, asma mungkin tidak dikawal dengan baik seperti sepatutnya. Orang-orang juga memberitahu mereka boleh mempunyai lebih daripada satu jenis alat sedutan, jadi ia mengelirukan untuk mengetahui apa yang perlu dibuat.
Kami ingin mengetahui sama ada mengajar orang dengan asma cara penggunaan alat sedutan mereka berkesan, dan sama ada ini membawa kepada kawalan gejala yang lebih baik gejala dan kurang serangan. Ia mungkin kelihatan jelas, tetapi ia adalah penting bahawa doktor dan jururawat mengetahui cara terbaik untuk membantu orang dengan asma.
Ciri-ciri kajian
Kami mendapati 29 kajian melibatkan 2210 orang dengan asma. Kajian-kajian berlangsung antara 2 dan 26 minggu. Kajian-kajian melaporkan teknik alat sedutan dalam pelbagai senarai semak.
Kami membahagikan kajian-kajian kepada tiga jenis: kajian yang menguji sesi latihan bersemuka yang telah dipertingkatkan, kajian yang menggunakan multimedia untuk menyampaikan latihan penggunaan alat sedutan (contohnya video, aplikasi komputer atau permainan) dan kajian yang menguji peranti yang memberi orang maklum balas berbentuk visual atau audio.
Kajian-kajian tersebut menguji pelbagai jenis latihan dan menggunakan pelbagai langkah untuk menilai kejayaan, bermaksud kami tidak boleh menggabungkan data. Ini adalah benar terutamanya apabila kami cuba menilai kesannya ke atas serangan asma, peristiwa buruk, lawatan ke kakitangan penjagaan kesihatan dan ketidakhadiran kerja atau sekolah.
Keputusan utama
Kedua-dua latihan bersemuka dan multimedia memperbaiki teknik alat sedutan dalam kebanyakan kajian, walaupun keputusan berbeza-beza bergantung kepada bagaimana dan bila setiap teknik dinilai.
Beberapa kajian melaporkan bilangan orang yang mempunyai teknik yang betul atau 'agak baik'. Lebih ramai orang mempunyai teknik betul atau 'agak baik' selepas latihan bersemuka dan penggunaan peranti dengan maklum balas. Tetapi manfaat latihan multimedia untuk orang dewasa adalah tidak pasti.
Intervensi-intervensi yang memberi latihan alat sedutan mungkin membawa beberapa manfaat kepada kualiti hidup dan kawalan asma dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak, tetapi keputusan adalah berbagai-bagai dan kajian-kajian adalah kecil.
Kanak-kanak mungkin mendapat beberapa faedah tetapi keputusan adalah kurang jelas untuk kanak-kanak kerana kajian yang memasukkan kanak-kanak sebagai peserta adalah sedikit dan lebih kecil.
Kualiti bukti yang
Bagi kajian tersebut, tidak mungkin untuk menyembunyikan orang daripada kumpulan yang ditentukan untuk mereka. Ini mungkin menimbulkan bias tentang tingkah laku atau respon kepada soal selidik, yang mengurangkan keyakinan kami terhadap keputusan tersebut. Kami tidak pasti mengenai keputusan lain kerana kajian tersebut tidak memberi data yang cukup untuk menunjukkan manfaat yang jelas.
Kesimpulan
Kami tidak boleh berkata dengan pasti apakah cara terbaik untuk membantu orang belajar cara penggunaan alat sedutan mereka dengan betul. Penting bagi pesakit-pesaki untuk memahami bagaimana alat sedutan mereka berfungsi, oleh itu mereka perlu bertanya doktor atau jururawat untuk bantuan.
Kami juga menggunakan Ulasan Cochrane untuk membuat cadangan kajian masa depan. Kami mencadangkan kajian harus berlangsung lebih lama daripada enam bulan dan harus melaporkan maklumat pematuhan. Maklumat yang paling berguna yang dlaporkan adalah jumlah orang yang mempunyai teknik alat sedutan 'cukup baik', oleh itu kami menggesa ujian masa depan supaya melaporkan ini juga.
Diterjemahkan oleh Ng Chin Ang (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi chinang_c2017@ms.pmc.edu.my