Intervensi eHealth untuk orang berpenyakit buah pinggang kronik

Apakah isunya?

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah keadaan fungsi buah pinggang telah berkurang dalam satu tempoh masa. Untuk kekal sihat, orang dengan CKD perlu mengikuti diet, amalan gaya hidup dan nasihat perubatan yang kompleks serta kerap kali perlu menggunakan beberapa perkhidmatan perubatan pakar. Sebahagian orang dengan CKD yang serius memerlukan rawatan dialisis atau rawatan dengan pemindahan buah pinggang. Membolehkan pesakit menguruskan keadaan ini oleh mereka sendiri meningkatkan kualiti dan jangka hayat serta mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Intervensi eHealth dapat meningkat keupayaan pesakit untuk menjaga diri mereka sendiri dan menambah baik rawatan yang disediakan oleh perkhidmatan penjagaan kesihatan. Intervensi eHealth merujuk kepada ‘’perkhidmatan kesihatan dan informasi yang disampaikan atau dipertingkatkan melalui Internet dan teknologi yang berkaitan”. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit penyelidikan dilakukan untuk menilai kesan intervensi eHealth dalam CKD.

Apa yang pengulas lakukan?

Pengulas memfokuskan kepada kajian rawak terkawal (RCT), yang melibatkan orang dengan CKD (termasuk pra-dialisis, dialisis atau pemindahan buah pinggang), dan dibandingkan intervensi eHealth dengan penjagaan biasa.

Apakah yang pengulas temui?

Pengulas menemui 43 kajian yang melibatkan 6617 orang yang penghidap CKD yang diperiksa jika intervensi eHealth menambahbaik penjagaan pesakit dan hasil kesihatan.Intervensi eHealth inimenggunakan mod teknologi yang berbeza-beza seperti Telehealth, monitor elektronik, aplikasi mudah alih dan tablet, pesanan teks,atau e-mel, laman sesawang, dan DVD atau video-video. Intervensi ini dikelaskan mengikut tujuan mereka : untuk pendidikan, sistem peringatan, pemantauan kendiri, kaunseling tingkah laku, bantuan-keputusan klinikal dan intervensi bercampur. Pengulas mengkategorikan hasil kepada sembilan domain : pengambilan diet, kuailti hidup, kawalan tekanan darah, kepatuhan pengambilan ubat-ubatan, keputusan ujian darah, analisis kos, tingkah laku, aktiviti fizikal dan titik akhir klinikal seperti kematian. Pengulas mendapati bahawa ianya tidak pasti sama ada intervensi eHealth meningkatkan hasil klinikal dan berpusat pesakit berbanding dengan penjagaan biasa. Kualiti kajian yang dimasukkan adalah rendah, bermaksud pengulas tidak dapat memastikan kajian pada masa hadapan akan membawa kepada keputusan yang sama.

Kesimpulan

Pengulas tidak pasti sama ada intervensi eHealth dapat menambah baik hasil untuk orang dengan CKD. Pengulas memerlukan kajian penyelidikan yang besar dan mempunyai kualiti yang baik untuk membantu memahami kesan eHealth ke atas kesihatan orang dengan CKD.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Rifaldi Subandi. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi rifaldisubandi@gmail.com. Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my)

Tools
Information