Intervensi farmakologi untuk mencegah pembekuan rangkaian ekstracorporeal semasa terapi berterusan penggantian buah pinggang

Apakah isunya?
Kecederaan akut buah pinggang (AKI) adalah komorbiditi utama dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital. Pesakit dengan AKI yang teruk memerlukan terapi penggantian buah pinggang. Terapi berterusan penggantian buah pinggang (CRRT) adalah sejenis terapi dialisis darah yang biasanya digunakan untuk pesakit yang kritikal di unit rawatan intensif. Oleh kerana perlepasan produk buangan yang perlahan, CRRT biasanya berjalan berterusan selama 24 jam. Pembekuan dalam litar dialisis memerlukan penukaran litar dengan segera dan menyebabkan gangguan rawatan dan rawatan yang tidak mencukupi. Ulasan ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan yang berbeza untuk mengelakkan pembekuan litar dalam CRRT.

Apakah yang kami lakukan?
Kami mencari Daftar Khusus Cochrane Ginjal dan Pemindahan sehingga 12 September 2019. Kami merumuskan hasil 34 kajian terkawal secara rawak dengan 1960 pesakit dalam ulasan ini.

Apa yang kami temui?

Sitrat mungkin mengurangkan pendarahan yang banyak (contohnya keperluan untuk pemindahan darah atau pembedahan) dan bukaan penapis berbanding dengan heparin tanpa mengubah kematian. Untuk perbandingan farmakologi yang lain, hanya data yang tidak mencukupi atau data berkualiti rendah yang tersedia.

Kesimpulan

Pilihan anti-pembekuan yang paling berkesan untuk CRRT tetap tidak dapat dipastikan; namun, sitrat atau tanpa antikoagulan kelihatan seperti pilihan yang munasabah untuk mengelakkan pembekuan litar dalam CRRT.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information