Faedah dan kemudaratan pengelupasan ubat berbanding stent logam kosong pada pesakit sindrom koronari akut

Latar belakang

Sindrom koronari akut adalah istilah yang digunakan untuk serangan jantung serta sakit dada semasa berehat. Sindrom ini disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke jantung yang disebabkan oleh penyempitan saluran yang membekalkan jantung atau bekuan darah. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 3.7 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung iskemik pada tahun 2012. Intervensi koronari perkutaneus, biasanya dikenali sebagai angioplasti koronari, digunakan untuk merawat saluran jantung yang sempit atau tersumbat dengan mengembang belon untuk membolehkan darah mengalir melalui saluran itu semula. Stent koronari kemudiannya dimasukkan ke dalam vesel untuk memastikan ia kekal terbuka. Dua jenis stent tersedia untuk digunakan, stent yang disalut dengan ubat yang bertujuan untuk mengurangkan risiko tersumbat pada masa hadapan (stent pengelupasan ubat) dan stent tidak bersalut (stent tanpa logam). Dalam ulasan ini, kami menyasarkan untuk menilai faedah dan kemudaratan stent pengelupasan ubat berbanding dengan stent tanpa logam.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data saintifik dari penubuhannya hingga Januari 2017 dan menemui 25 kajian di mana orang diperuntukkan secara rawak sama ada kepada kumpulan yang menerima stent pengelupasan ubat atau kumpulan yang menerima stent tanpa logam. 25 kajian (26 perbandingan) memasukkan 12,503 orang dewasa dengan umur purata 60.8 tahun.

Keputusan utama

Pesakit yang menerima stent pengelupasan ubat nampaknya mempunyai risiko yang berkurangan untuk mengalami kejadian buruk yang serius berbanding dengan mereka yang menerima stent tanpa logam, tanpa menjejaskan risiko kematian akibat sebarang sebab atau khususnya penyakit jantung, atau mengalami serangan jantung. Kejadian buruk yang serius yang mungkin dielakkan oleh mereka yang menerima stent pengelupasan ubat nampaknya adalah angioplasti belon berulang. Tiada data dilaporkan tentang kualiti hidup atau sakit dada (angina) selepas menerima stent.

Kualiti bukti

Bukti harus ditafsirkan secara berhati-hati, kerana kami menilai kualitinya rendah hingga sangat rendah disebabkan oleh batasan ujian klinikal rawak yang disertakan. Sebab untuk penilaian berkualiti sangat rendah adalah disebabkan oleh semua kajian yang disertakan berisiko tinggi berat sebelah. Akibatnya, keputusannya mungkin menunjukkan lebih banyak manfaat daripada stent pengelupasan ubat daripada kesan 'kehidupan sebenar' yang akan ditunjukkan. Tambahan pula, kebanyakan hasil dalam ulasan kami tidak mempunyai kuasa statistik yang mencukupi. Oleh itu, ujian klinikal rawak yang direka dengan baik pada masa hadapan mungkin mengubah keputusan yang disebutkan di atas.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information