Opioids untuk sakit kronik bukan kanser dalam kanak-kanak dan remaja

Kesimpulan

Tidak ada bukti dari kajian rawak terkawal untuk menyokong atau menafikan cadangan bahawa opioids dalam sebarang dos akan memberikan kelegaan sakit untuk kanak-kanak atau remaja dengan kesakitan kronik bukan kanser.kanak-kanak atau remaja.

Latar belakang

Kanak-kanak boleh mengalami sakit kronik atau sakit berulang yang berkaitan dengan keadaan genetik, kerosakan saraf, sakit otot kronik dan sakit perut kronik, dan sebab lain yang tidak diketahui. Sakit kronik adalah sakit yang berlarutan tiga bulan atau lebih lama dan biasanya disertai dengan perubahan dalam gaya hidup dan kebolehan berfungsi serta mendapat sokongan daripada tanda dan gejala kemurungan dan kebimbangan.

Opioids adalah digunakan di seluruh dunia untuk rawatan sakit. Opioids secara umumnya boleh didapati dalam penjagaan tetapan kesihatan di seluruh negara yang berpendapatan tinggi tetapi akses mungkin terhad dalam negara berpendapatan rendah dan tengah. Sebagai contoh, opioids yang boleh didapati di UK termasuk: buprenorfin, codeine, fentanyl, hydromorphone, methadone, morfin, oxycodone dan tramadol. Opioids digunakan dalam dos yang berbeza-beza dan biasanya diambil melalui suntikan atau pil.

Keputusan utama

Pada September 2016 penyelidik mencari kajian klinikal di mana sebarang opioids digunakan untuk merawat sakit kronik (berpotensi dari sakit saraf, masalah otot, kesakitan haid, atau ketidakselesaan abdomen).

Kami tidak mendapati kajian yang memenuhi keperluan ulasan ini. Beberapa kajian menguji opioids dalam dewasa dengan kesakitan kronik, tetapi belum ada dalam peserta dari lahir hingga 17 tahun.

Kualiti bukti kajian

Kami merancang untuk menilai kualiti bukti kajian dengan menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa penyelidik tidak pasti mengenai keputusan kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud kami sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut.

Kita tidak dapat menilai kualiti bukti kerana tidak bukti daripada ujikaji rawak terkawal untuk menyokong atau menafikan cadangan bahawa oploids dalam sebarang dos akan mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan bukan kronik kanser dalam kanak-kanak atau remaja.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu,my

Tools
Information